Datuk Noor Farida Ariffin bercakap di ulang tahun kelima IDEAS bersama peringatan perdana menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di memorialnya di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 7 Februari, 2015.
Tak mahu hidup dibwh undang undang Allah
buat bumi sendiri sedut udara buatan sendiri.ini
bumi Allah.bukan bumi kamu wahai manusia
ngok....puiii
'Pedofil akan membanjiri Kelantan jika hudud dilaksana' - Noor Farida
Azyyati Ahmad,Astro Awani |Kemas kini:Februari 07, 2015
(Diterbitkan pada: Februari 07, 2015 19:31 MYT)
KUALA LUMPUR: Golongan pedofil dikuatiri akan membanjiri Kelantan sekiranya undang-undang hudud berjaya dilaksanakan di negeri itu, kata jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), Datuk Noor Farida Ariffin.
Bercakap dalam sebuah forum 'Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi' sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang ke-lima hari ini, untuk itu beliau menolak sepenuhnya undang-undang hudud sekiranya ia dilaksanakan di negara ini.
Kata Noor Farida, kaedah undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan di negeri Kelantan masih lemah dalam cara perlaksanaannya dan tidak menggunakan teknologi terkini.
Tegasnya, itu mungkin berlaku kerana mereka menolak kaedah pembuktian saintifik dan sebaliknya menggunakan bukti kurun ke-12 sebagai pembuktian untuk kes zina.
"Zina misalnya, saya tidak faham dalam abad ke 21 ini enakmen syariah masih lagi tidak menggunakan teknologi canggih dalam menentukan mereka yang ditangkap kerana berkhalwat.
"Masih mahu mengekalkan kaedah empat orang saksi. Mengapa tak adakan ujian DNA dalam menentukan pesalah. Bagaimana nak dapatkan empat orang saksi dalam kesalahan zina?" soalnya.
Katanya hal ini boleh menyebabkan berlakunya kesukaran dalam membuktikan bahawa pesalah-pesalah itu benar-benar bersalah.
"Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, golongan pedofil akan membanjiri Kelantan untuk merogol kanak-kanak di sana... dan tiada tindakan akan dikenakan terhadap mereka," tegasnya lagi.
Sementara itu beliau berkata, dengan kebangkitan banyak kumpulan ekstremis agama dan kaum, adalah juga tidak sesuai jika hukum hudud dilaksanakan.
“Kita perlu sedar apa yang berlaku di dalam negara sekarang. Dengan kebangkitan kumpulan ekstremis agama dan kaum adalah tidak sesuai jika undang-undang hudud dilaksanakan.
"Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di bawah undang-undang hudud.No, thanks," katanya lagi.
Tambah Noor Farida untuk melaksanakan hukum hudud, beberapa aspek perlu dipertimbangkan.
"Pada 1993, negeri Kelantan telah meluluskan rang undang-undang hudud. Namun Perlembagaan Persekutuan menentangnya.
"Saya tahu, mungkin ada ustaz-ustaz yang akan kata saya tak boleh mempersoalkan hukum Allah. Benar, namun kajian-kajian dari para ilmuan Islam ada dibuat mengenai hudud," jelasnya.
"Kata para ilmuan, beberapa aspek perlu dipertimbangkan seperti jurang antara kaum dan kesesuaian sebelum ia dilaksanakan. Sekarang pun, jurang Melayu kaya dan miskin pun masih jauh," kata bekas duta Malaysia ke Belanda itu lagi.
Kerajaan negeri Kelantan kini sedang bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan bagi mendapatkan kelulusan beberapa pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang akan membolehkan ia melaksanakan hukum hudud dan qisas di negeri itu.
Cadangan pindaan terhadap enakmen tersebut juga akan dibincangkan dalam mesyuarat parti itu pada pagi Ahad ini.
Menurut PAS, sebarang keputusan akan dibuat dalam mesyuarat tersebut sebelum ia dibawa kepada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada sebelah petang hari yang sama.

Panelis forum: (dari kiri) Dr Razeen Sally, Pengerusi Unit Politik, Ekonomi dan Urus Tadbir Kerajaan IDEAS; Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Konsultan luar Institut Perdagangan Dunia (WTI), Dr Sufian Jusoh; Noor Farida and Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan. - Astro AWANI/Haider Yutim
Kerajaan negeri Kelantan kini sedang bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan bagi mendapatkan kelulusan beberapa pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang akan membolehkan ia melaksanakan hukum hudud dan qisas di negeri itu.
Cadangan pindaan terhadap enakmen tersebut juga akan dibincangkan dalam mesyuarat parti itu pada pagi Ahad ini.
Menurut PAS, sebarang keputusan akan dibuat dalam mesyuarat tersebut sebelum ia dibawa kepada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada sebelah petang hari yang sama.
No comments:
Post a Comment