Pages

Sunday, 1 February 2015

KENAPAMU M'SIA? 'Sukar buktikan karya seni hina Agong'...Tiga lukisan oleh pelukis tempatan Vincent Leong

Isnin, 2 Februari 2015

'Sukar buktikan karya seni hina Agong'

Tiga lukisan oleh pelukis tempatan Vincent Leong yang mempamerkan sisi belakang Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri dalam pameran di Singapura bulan lepas, secara amalan dan budaya adalah penghinaan, kata Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz.

Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu berkata: "Dari segi budaya, memang betul ia menghina. Tetapi dari segi perundangan, memang susah untuk dibuktikan ia penghinaan.

"Tetapi daripada pandangan rakyat, ia tidak patut berlaku dan juga tidak boleh diterima dengan melihat bahagian belakang tersebut. Sebagai rakyat, soalan besar, kenapa wajah depan tidak tertera. Pelbagai tafsiran boleh dibuat," katanya ketika diminta mengulas perkara itu.

Beliau ditemui selepas memberi syarahan bertajuk 'Setakat mana Perlembagaan melindungi kedudukan Raja dan masa depan bangsa Melayu' pada siri ceramah Persatuan Sejarah Melayu di Wisma Sejarah di Kuala Lumpur hari ini.

Lukisan itu dipamerkan di pameran seni Art Stage Singapore 2015 pada 22 hingga 25 Jan lepas di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands, Singapura.

Karya Leong itu didakwa oleh pelbagai pihak bukan sahaja menghina institusi diraja malah dilihat bermotif menjatuhkan agama Islam.

Bernama
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment