Pages

Wednesday, 18 February 2015

Kes Pembunuhan Altantuya - Sirul!...Sirul! Kenapa sekarang baru nak habaq...

Rabu, 18 Februari 2015

KPN Tempelak Sirul Kenapa Sekarang Baru Nak Cakap



Polis belum merancang membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu sehingga Sirul Azhar Umar, yang didapati bersalah, mendedahkan maklumat baru.

"Kita tidak ada sebab mahu buka kertas siasatan baru kerana terpengaruh dengan desakan pihak-pihak tertentu.

"Kita lihat dulu apa yang dia mahu dedahkan," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan).

Beliau mengulas kesediaan Sirul, yang kini ditahan di Australia, untuk membongkar rahsia di sebalik tabir kematian wanita Mongolia itu kepada media negara tersebut.

Dalam perbualan telefon denganMalaysiakini baru-baru ini, Sirul bagaimanapun belum memutuskanuntuk ditemubual tetapi sedang mempertimbangkannya dengan serius.

Beberapa stesen televisyen telah berhubung dengan Sirul, yang sedang ditahan pihak imigresen negara itu di Sydney.

Khalid juga menempelak sikap bekas anggota komando polis itu yang tidak mendedahkan perkara tersebut dalam siasatan awal kes itu.

"Kenapa sekarang baru hendak cakap semua pasal ini? Kalau dulu dia tidak mahu bercakap, kenapa sekarang baru hendak bercakap, hendak cakap pula perkara baru pula. Ini tidak logik," katanya.

Beliau juga bimbang Sirul (kiri dalam foto), yang kini berdepan hukuman gantung bersama seorang lagi bekas komando polis Azilah Hadri, diperalatkan oleh mereka yang berkepentingan.

"Saya bimbang ada pihak berkepentingan yang cuba pengaruhi dia perkara yang tidak betul kerana pihak yang berkepentingan ini tahu dia berada di Australia, (mereka tahu) kerajaan Australia tidak akan hantar dia balik.

"Saya bimbang (pendedahan) ini untuk kepentingan pihak-pihak tertentu."
BLM.

No comments:

Post a Comment