Pages

Saturday, 7 February 2015

‪'#‎Turunhargabarang' Ada Dato' Hassan Malek buat setakat ini? Menteri 'cap apa' macam ini...

Ahad, 8 Februari 2015
Penyokong tegar Umno bersuara mendesak saya berkempen ‪#‎turunhargabarang‬sedangkan kuasa itu ada dalam tangan menteri. Tugas utama Dato Hassan Malek adalah kawal dan pantau harga, bukan rasmikan hypermarket je kerjanya! Ada dua kuasa utama pada menteri yang jika diguna boleh bantu turunkan harga:
1) menetapkan harga barang bagi barang utama yang dikawal kerajaan. Ini termasuklah harga minyak, elektrik, makanan utama dan lain-lain
2) ambil tindakan terhadap peniaga yang melanggar undang-undang hingga membebankan rakyat

Ada Dato' Hassan Malek buat setakat ini?
Saya pernah berdebat dengan beliau di Parlimen mengenai harga gula, harga ayam dan lain-lain. Yang gula pun dia tak boleh jawab, yang ayam pun dia tidak boleh kawal.
Menteri cap apa macam ini?

Desak mansuhkan caj perkhidmatan
Walaupun tiada cukai kerajaan, namun caj ada perkhidmatan 10 peratus di sebuah restoran di Lembah Klang, baru-baru ini.
Walaupun tiada cukai kerajaan, namun caj ada perkhidmatan 10 peratus di sebuah restoran di Lembah Klang, baru-baru ini.
Sinar Harian
Kita lihat Malaysia seolah tak ada menteri yang boleh buat kerja
**** sekarang ni kita lihat Malaysia seolah tak ada menteri yg boleh buat kerja..setakat bercakap jer boleh..itu pun brcakap mcm org bodoh...

Mohd Yusof berkata, Fomca sudah mengajukan perkara itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Januari lalu.

“Kita berharap kerajaan akan kaji balik caj perkhidmatan yang tidak memberi keperluan kepada pengguna. Tidak berbaloi pengguna membayar tambahan 10 peratus daripada harga makanan yang dibelinya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, KPDNKK perlu meningkatkan penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang didapati menindas pengguna.

“Apabila GST dilaksanakan, bermakna hanya GST sahaja yang berkuat kuasa dan caj perkhidmatan sepatutnya tidak dikenakan lagi. Pengguna dinasihatkan supaya meminta resit setiap kali membuat bayaran dan simpan resit itu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, pemantauan harga secara berterusan perlu dilaksanakan memandangkan terdapat segelintir peniaga mungkin akan memasukkan kos tambahan ke dalam harga barangan pelanggan apabila caj perkhidmatan dimansuhkan.

“KPDNKK perlu melakukan pemantauan harga sebelum dan selepas GST dilaksanakan. Kalau harga barang naik tiba-tiba, tidak termasuk GST dan tanpa ada faktor yang menyokong kenaikannya, ia mungkin ada kaitan dengan pemansuhan caj perkhidmatan itu,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, caj perkhidmatan yang dibayar pengguna selama ini bukan cukai kerajaan, sebaliknya caj yang dikenakan oleh perniagaan.

Sehubungan itu, katanya, pengguna berkemungkinan tetap dikenakan caj tersebut apabila GST dikuatkuasakan 1 April ini.

Adakah kalangan yang menjaga paras harga gula di M'sia hanya pandai bermain dengan kalkulator ketika harga gula dunia naik sahajakah ???

Dan menjadi kaku seribu bahasa tatkala harga gula dunia turun ???

Sepatutnya rakyat M'sia mendapat manfaat harga gula yang lebih murah sebaliknya 'Kartel' A.K.A kroni syarikat gula yang terus memonopoli industri gula di Malaysia terus “diam membisu” sambil ters
enyum lega harga gula masih kekal utuh sehingga ke hari ini disebalik harga gula dunia turun..

Nak Tanya Satu Mudah Utk Pencacai2 Ameno..
SIAPA YANG UMUMKAN harga gula naik 34 sen sekilo semasa Bajet 2014 ???.. Adakah Lim Guan Eng yg umumkan ???.. Sejak bila pula Najib dah bertukar menjadi Lim Guan Eng ??




No comments:

Post a Comment