Sejarah berulang, Anwar kembali meringkuk di penjara
Kes anwar bukan soal PR atau BN...isunya ialah Hakim membuat keputusan berdasarkan keterangan Saiful.....dan berpegang kepada andaian saifu l adalah saksi yg berwibawa.....dan fakta2 kes yg dikemukan di mahkamah tidak diambil kira dalam membuat penghakiman....
1. Pemeriksaan 4 doktor...1 puswari 3 HKL jelas menunjukan tidak ada penembusan berlaku....
2. Kesan air mani ditemui di bilik lain dari bilik yang didakwa oleh saiful
3. Terdapat sample air mani saiful dalam rektrum saiful..bermakna saiful telah memasukan anu nya ke dalam ekzos nya sendiri...
4. Seluar dalam yang saiful dakwa dipakai pada hari berlakunya liwat tidak ada kesan air mani....tapi seluar dalam yang baru yg belum digunakan ada kesan air mani...
5.Saksi yang berada di kondo ketika liwat itu didakwa.tidak dipanggil atau ditolak oleh pihak pendakwa...
6.Saiful bertemu dgn Najib 2 hari sebelum berlakunya liwat.......dan mengadu bahawa beliau diliwat oleh DSAI....sedangkan tarikh pertemuan dgb tarikh pendakwaan beza 2 hari...ertinya saiful jumpa Najib maklumkan dia akan diliwat oleh DSAI...
'Credible' katanya.. jom baca fakta dibawah yg tak masuk akal...
5 sebab kes liwat DSAI langsung tidak masuk akal.. pertama, jika betul DSAI meliwat saiful, kenapa saiful tidak melawan? seorang pemuda berumur 24 tahun tegap & bertenaga menuduh dia telah diliwat oleh seorang tua berumur 62 tahun yg ada sakit belakang.. takkan tak mampu nak lawan.. bukankah ia terlalu mustahil?
Perempuan kena rogol pun reti nak lawan.. saiful langsung tidak menunjukkan sebarang tanda sebagai seorang yang menjadi mangsa liwat atau mengalami trauma.. malah siap tersenyum dan melambaikan tangan lagi kepada media didepan khalayak umum seolah-olah dia berasa bangga dengan perkara itu..
Jika suka sama suka kenapa DSAI seorang saja kena dakwa.. kenapa saiful tak kena dakwa sekali.. kerana mengikut sekyen 377B Kanun keseksaan dengan jelas menyebut "Sesiapa yang secara sukarela melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii". jadi jika mengikut seksyen ini saiful juga mesti didakwa kerana suka sama suka.. tetapi mengikut dakwaan si saiful dia telah dipaksa untuk melakukan liwat..
Juga dia telah bersumpah sedemikian atas nama Quran.. jadi adakah saiful ini pembohong? sanggup bersumpah atas nama Quran mengatakan dia telah dipaksa tetapi dalam masa yg sama dia berasa bangga dengan kejadian itu dan masih boleh tersenyum didepan khalayak ramai.. kedua, saiful dakwa dia telah diliwat sebanyak lapan (8) kali.. tetapi telah bekerja hari berikutnya seperti biasa dan kelihatan berjalan lurus.. dan laporan perubatan telah dibuat oleh Dr Mohamed Osman dari Pusat Perubatan Pusrawi, seorang doktor dari negara Burma dengan 30 tahun pengalaman mengatakan TIADA kesan tusukan di dubur Saiful..
Malah 3 doktor dari HKL juga turut membuat laporan TIADA kesan tusukan..1 doktor mungkin khilaf tetapi kalau 4 tak mungkin.. ketiga, bagaimana DNA air mani DSAI boleh ada dalam dubur saiful sedangkan tiada kesan tusukan dijumpai dekat punggung saiful.. adakah betul itu DNA air mani DSAI atau DNA DSAI telah dipalsukan..
Ingat lagi semasa DSAI kena tahan beberapa hari di penjara, di sana DSAI disediakan tuala, berus gigi.. jika berus gigi dan tuala dipalit pada kapas lalu kepada DNA tester itu sudah memadai untuk mendapatkan DNA DSAI.. ketiga, kenapa mesti peguam yg dilantik kerajaan menjadi pembela saiful dalam kes liwat.. apa kena mengena dengan kerajaan dalam kes liwat ini..
Inikan soal peribadi tiada kena mengena dengan hal negara.. mana saiful dapat duit untuk bayar peguam dia.. saiful kerja apa sebenarnya.. keempat, saiful dakwa dia diliwat pada 26hb jun dan buat report polis pada 28hb jun.. dalam tempoh 2 hari itu ada lagi ke DNA air mani DSAI.. takkan si saiful langsung tak berak, tak basuh dubur.. semata2 nak simpan bukti dalam duburnya.. kenapa tak terus buat laporan polis lepas dia kena liwat.. bukankah itu lebih mudah.. langsung tak masuk akal!
Kelima, pada 8 Mac 2013, Azlan Mohd Lazim, bapa kepada si saiful telah membuat pengakuan bahawa DSAI telah difitnah dan mengatakan ini adalah konspirasi jahat untuk mengheret DSAI yang telah dibebaskan dari tuduhan liwat pada 9 Januari 2012 kerana kurang bukti, untuk kembali ke penjara buat kali kedua.. jelas menunjukkan ini semua adalah konspirasi politik jahat yg diatur untuk menjatuhkan DSAI.
No comments:
Post a Comment