Pages

Thursday, 12 March 2015

"BAGITAHU SAYA, KENAPA NAK JUMPA Pak Lah!"...Punca Umno sangat benci Khalid Samad...

Jumaat, 13 Mac 2015

Ini Punca Puak UG dan Umno Sangat Benci Khalid Samad

Dalam tahun 2009, Haji Hadi, Hasan Ali, Mustafa Ali, dan Nasarudin Mat Isa telah berpakat dan merancang untuk bertemu dan berunding dengan Abdullah Badawi dan Khir Toyo, untuk membincangkan penggabungan PAS-UMNO di Selangor, dan pada dasarnya mereka semua telah sepakat untuk melantik Hasan Ali sebagai MB Selangor.

Kamarudin Jaafar, selaku S/U Agung PAS, telah memanggil Khalid Samad untuk datang ke Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, walaupun Khalid Samad bukan AJK PAS Pusat pada waktu itu...... Khalid Samad hanya timbalan pesuruhjaya PAS Selangor (selepas itu dia dipecat) dan Hasan Ali ialah Pesuruhjaya..... Tapi, Kamarudin Jaafar tetap memanggil Khalid Samad untuk datang..... Dan, kes KJ panggil KS itu lah yang merubah jalan sejarah...... Kalau tidak kerana itu, perjalanan sejarah politik negara sudah tentu akan jadi lain.

Apabila KS sampai, Haji Hadi belum tiba, tapi Hasan Ali telah ada..... KS pun pergi berhadapan dengan HA, dan berlakulah soal jawab.... KS tanya HA bertubi-tubi, kenapa nak jumpa Pak Lah dan Khir Toyo...? Untuk apa...? Apa yang nak dibincangkan....?

Akhir sekali, Hasan Ali tak nak bercakap.... Khalid Samad tanya dia tak nak jawab.... Akhirnya, Khalid Samad hilang sabar dan meninggikan suara, menjerit ke arah Hasan Ali : "DATOK!! BAGITAHU SAYA, KENAPA NAK JUMPA...? NAK BINCANG APA?"


Hasan Ali kata, "Bapak saya pun tak pernah cakap macam ni dengan saya."

Akhirnya Haji Hadi pun sampai..... maka bermesyuaratlah AJK PAS..... menurut plan asal, yang akan pergi mengadap Pak Lah dan Khir Toyo ialah Haji Hadi, Hasan Ali, dan Nasarudin Mat Isa..... tetapi telah dibantah oleh beberapa orang AJK yang lain, akhirnya mesyuarat membuat keputusan untuk menghantar Mustafa Ali, Khalid Samad dan Nasarudin Mat Isa....... Haji Hadi dan Hasan Ali tidak dibenarkan pergi.

Maka Khalid Samad, Mustafa Ali dan Nasarudin Mat Isa pun pergi lah ke tempat yang dijanjikan, iaitu di sebuah banglo tidak jauh dari bangunan parlimen.

Apabila orang UMNO nampak yang datang ialah Khalid Samad dan bukannya Hasan Ali dan Haji Hadi, maka UMNO pun dah tahu bahawa plan kali ini akan gagal.

Memang betul..... Bila UMNO bentangkan cadangannya, Khalid Samad terus bantah.... Nasarudin dan Mustafa hanya diam, tak kata apa-apa...... Maka, rancangan UG gagal lagi untuk kesekian kalinya.

Itulah yang saya kata..... Orang yang menyelamatkan PAS dan Pakatan Rakyat pada waktu itu ialah Kamarudin Jaafar....... Kalau dia tak panggil Khalid Samad hari itu, sejarah politik tentu akan jadi lain. - the sniper

Posted by 

No comments:

Post a Comment