Pages

Thursday, 19 March 2015

Harap nanti di Parlimen Umno sokong Pas...

Khamis, 19 Mac 2015
3 hrs · 
 
 ·

Alhamdulillah ..... sudah ada orang umno sedar..

harap nanti umno sokong pas untuk submit hudud di parlimen pula.

semuga semua berjalan seperti yang di rancang umno dan pas.

MCA ajak semua komponen BN putuskan hubungan dengan UMNO jika sokong hudud
MCA akan kaji semula kedudukkannya dalam BN, putuskan hubungan dengan UMNO, malah akan mengajak semua parti komponen BN lain turut putuskan hubungan dengan UMNO jika parti itu menyokong pelaksanaan Hudud, kata Gan yang juga bekas naib presiden MCA.
MCA mesti memutuskan hubungan dengan UMNO jika parti yang bersama dengannya menjadi teras Barisan Nasional (BN) itu berpendirian menyokong pindaan Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS II) Kelantan 1993 bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.
Pengerusi Biro Undang-undang Syariah dan Unit Khas Pelaksanaan Polisi MCA, Gan Ping Sieu berkata, senario sekarang memaksa parti itu untuk bertindak.
Ketua Penerangan UMNO negeri itu ketika berucap menyokong pindaan EKSJ II di DUN Kelantan hari ini berkata, sokongan ADUN UMNO terhadap pindaan yang memasukkan hukum hudud itu ikhlas dan bukan kerana politik semata-mata..
Beliau turut mengajak pemimpin PAS dan UMNO untuk bekerjasama bagi memastikan hasrat kerajaan Kelantan melaksanakan udang-undang tersebut berjaya

No comments:

Post a Comment