Polis tangkap pengarang TMI kerana laporan hudud
Polis hari ini memberkas tiga pengarang kanan The Malaysian Insider iaitu pengarang urusan Lionel Morais, pengarang berita bahasa Amin Shah Iskandar dan pengarang analisis dan rencana Zulkifli Sulong berhubung satu laporan mengenai hudud yang menyentuh Majlis Raja-raja.
Pihak polis bersama anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) datang ke pejabat The Malaysian Insider di Mutiara Damansara petang ini dan membuat tangkapan.
Tindakan itu merupakan sebahagian daripada siasatan selepas laporan polis dibuat seorang pegawai dari Majlis Raja-raja minggu lepas.
Kira-kira 12 anggota polis dan SKMM tiba di pejabat itu lebih kurang jam 5.52 petang ini.
Mereka menghabiskan kira-kira setengah jam memeriksa komputer salah seorang pengarang sebelum meneruskan dengan menyoalsiasat Morais, Amin dan Zulkifli.
Peguam Syahredzan Johan, yang bersama mereka berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, ketiga-tiga pengarang itu akan ditahan di balai polis Dang Wangi malam ini dan polis akan memohon perintah reman ke atas mereka esok pagi.
Sementara itu, Ho Kay Tat, ketua pegawai eksekutif kumpulan / penerbit The Edge Media Group, yang memiliki The Malaysian Insider, berkata tangkapan itu tidak perlu.
"Kami tak fikir timbul keperluan menangkap mereka kerana mereka boleh bertemu polis pada bila-bila masa bagi direkodkan kenyataan," katanya.
"Kami menyeru polis membebaskan mereka serta merta."
Bagaimanapun, katanya, pegawai polis dan penyiasat dari SKMM menunjukkan sifat mesra ketika menjalankan tugas mereka di pejabat The Malaysian Insider.
"Kami bekerjasama sepenuhnya dengan mereka, tetapi tidak berjaya meyakinkan mereka yang tidak perlu ketiga-tiga pengarang itu ditahan di lokap polis malam ini," kata Ho.
The Malaysian Insider melantik Syahredzan mewakili ketiga-tiga mereka semasa pendengaran permohonan reman mereka esok.
Menurut laporan yang diterbitkan pada 25 Mac itu, memetik sumber, mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.
Majlis Raja-raja membuat laporan polis pada 26 Mac menafikan ia mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hudud Kelantan.
Semalam, Pemuda Umno Kedah memfailkan laporan polis terhadap The Malaysian Insider dan menggesa tindakan tegas diambil ke atas portal itu berhubung laporan tersebut.
Ahli Parlimen Barisan Nasional juga memperkatakan mengenai perkara itu di Parlimen.
Hari ini dan semalam, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menerbitkan beberapa laporan mendesak tindakan diambil ke atas portal itu. – TMI

Polis gagal reman, tiga editor TMI bebas
31 Mar 2015
Polis gagal memperolehi perintah reman untuk menahan tiga editorThe Malaysian Insider (TMI) selepas menahan mereka semalam.
Peguam Syahredzan Johan berkata editor urusan Lionel Morais, editor rencana Zulkifli Sulong dan editor berita Amin Shah Iskandar akan dibebaskan jam 7 petang ini.
Dalam akaun Twitternya, pengamal undang-undang itu menulis permohonan reman untuk Morais, Zulkifli dan Amin dinafikan oleh majistret Tuan Nazri Omran.
Permohonan reman didengar di ibu pejabat polis Dang Wangi pagi ini.
Polis bagaimanapun masih menahan pemimpin syarikat induknya Ho Kay Tat dan ketua pegawai eksekutif portal tersebut, Jahabar Sadiq.

Malaysiakini
Posted by indah.com
Posted by indah.com
No comments:
Post a Comment