TERBAEK KASTAM KOTA BHARU like emoticon
Secara tak langsung Kastam Kota Bharu Telah Memalukan Kastam Kelana Jaya Dan PDRM.
Sepatutnya dgn kehadiran polis rakyat/ peserta akan lebih terjamin keselamatannya. Bukannya ditangkap, disepak & dihumban ke dalam lokap..
Biar Gambar Berbicara..
Terima Kasih Kastam Kota Bharu like emoticon
Secara tak langsung Kastam Kota Bharu Telah Memalukan Kastam Kelana Jaya Dan PDRM.
Sepatutnya dgn kehadiran polis rakyat/ peserta akan lebih terjamin keselamatannya. Bukannya ditangkap, disepak & dihumban ke dalam lokap..
Biar Gambar Berbicara..
Terima Kasih Kastam Kota Bharu like emoticon
Kastam Kota Bharu Memalukan Kastam Kelana Jaya Dan PDRM.
Ketua Polis Negara kata tindakan rakyat yang datang membawa 106 soalan ke Kastam Kelana Jaya ialah satu tindakan pencerobohan. KPN hairan dengan apa yang dikehendaki oleh kumpulan berkenaan. Dan media melaporkan bahawa dipercayai tindakan tersebut didalangi pihak2 tertentu yang mahu membantah pelaksanaan GST pada 1 April ini.
Nak aku kata bodoh kang. Aku pula ke dalam. Almaklumla. KPN kau neh ahti tisu. Pantang kena kritik. Sedap2 aje dorang akan alihkan kritikan kepada tuduhan dan penghinaan. Dah macam tuhan pula aku tengok. Serba serbi sempurna la kononnya.
Untuk rekod. Kenapa 106 soalan di bawa kepada KASTAM ialah kerana KASTAM ialah agensi yang melaksana GST.
Setiap kali kau tengok iklan, kau akan nampak iklan tue cakap jika ada pertanyaan sila rujuk kastam. Jadi kepada kastam la kumpulan itu pergi. Apa yang hairan pula? Kastam siap buka kaunter pertanyaan tentang GST lagi. Sebab tue orang ramai2 datang tanya. Lepas tue KPN kau nak rasa hairan. Aku la yang patut hairan dengan KPN sebenarnya. Macam mana kau boleh memiliki jawatan tinggi2 tanpa akal fikiran? Orang datang ramai2 tanya tanda semangat kesatuan bagi mematahkan hujah2 KASTAM jika didapati KASTAM cuba menipu atau memanipulasi persoalan.
Ini tidak pelik. Dan memang ya ada pihak2 tertentu yang mahu membantah pelaksanaan GST. Bukan rahsia lagi. Aku bantah. Dan ramai yang bantah. Kenapa cara dorang mengambarkan bantahan tersebut seolah2 ia misi sulit lagi rahsia? Fak sangat. Aku mengaku je aku bantah GST selama neh.
Ini apa yang KASTAM KJ buat pada rakyat marhaen sebab takut pada 106 soalan ;
- Tutup kaunter pertanyaan GST
- Siap dengan kawalan ketat PDRM
- Kepung kawasan tertentu
- Enggan jawab soalan on the spot dan meminta kumpulan anti GST bersurai
- KASTAM juga akan menjawab soalan di kemudian hari
- Bila kumpulan anti GST enggan mengalah mereka ditahan
- Kemudian 25 orang didakwa
- Semua ini berlaku kerana KASTAM KJ takde otak yang waras dalam mengendalikan pertanyaan awam tentang GST.
Selain dari KASTAM KJ, kumpulan anti GST juga sebenarnya melakukan lawatan yang serupa di KASTAM Kota Bharu.
Lihat gambar ;
- Lawatan ke Kastam KB pada 25/3
- Oleh kumpulan anti GST
- Membawa 106 soalan juga
- Kastam KB buka pintu dan raikan pertanyaan
- Siap dipelawa masuk dan boleh bersoal jawab dalam ruang yang selesa
Takde PDRM.
Takde tutup kaunter pertanyaan.
Takde pendakwaan.
Takde provokasi dan tuduhan rambang terhadap kumpulan anti GST.
Jelasla kat sini jika tuan rumah berbudi, pelawat akan berbahasa.
Tuan rumah langsung tak berbudi sebaliknya kurang ajar dan biadap. Dah jemput orang datang beraya, orang datang elok2, nak beraya, lepas tue kena tuduh menceroboh, menawan, mengepung premis awam dan didakwa. Apa punya jahat la kerajaan kau neh. Depa ingat Allah buta ke apa?
Posted by Kedah Lanie
No comments:
Post a Comment