MISI ' C4 YOURSELF' MAHFUZ DI AUSTRALIA
PAS anggap pertemuan Sirul dan ibu satu misi kemanusiaan
Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz bercakap dengan wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa, Sepang, sebelum berangkat ke Australia untuk berjumpa dengan Sirul. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 1 Mac 2015.

Misi khas ke Australia dianjurkan PAS malam ini, bagi menemukan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar dengan ibu dan adik perempuannya, merupakan satu misi kemanusiaan, kata Datuk Mahfuz Omar.
Ketua penerangan PAS itu berkata ia bertujuan membantu seorang ibu yang hendak melindungi anaknya,
"Ibunya teringin sangat nak bertemu dengan Sirul dan kami mengharapkan pemergian kami ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang boleh memberikan ancaman pada mana-mana pihak.
"Tetapi, apa yang dirancang ini ialah sebagai satu misi kemanusiaan, untuk seorang ibu yang melindungi anaknya," kata Mahfuz kepada media sebelum berangkat ke Australia melalui penerbangan jam 11 malam ini.
Menurut Mahfuz, beliau sudah memaklumkan kepada kedutaan Australia agar memberikan jaminan keselamatan kepada mereka ketika berada di sana.
"Saya juga mengharapkan tidak ada apa-apa gangguan yang menghalang untuk kami keluar daripada Malaysia pada malam ini," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa, Sepang.
Beliau berkata Sirul turut memintanya membawakan sepasang kasut jogging bersaiz 8 untuk dibawa ke pusat tahanannya di Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney itu.
Misi yang berangkat malam ini terdiri daripada tujuh orang termasuk ibu dan adik Sirul.
Ditanya sama ada Sirul akan mendedahkan motif pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu kepada rombongan mereka itu, Mahfuz berkata beliau tidak pasti tetapi ia bukan matlamat misi tersebut.
"Terpulang kepada dia sama ada mahu memberitahu (motif pembunuhan) ataupun tidak. Itu bukan misi saya.
"Itu akan lahir daripada hatinya sendiri, dan dia sudah berjanji kepada anda semua baru-baru ini yang dia akan umumkannya bila sampai masanya nanti," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Difahamkan yang mereka tidak akan dibenarkan membawa masuk kamera mahupun telefon, dan tiada telesidang atau sidang video yang akan diadakannya bersama media ketika di Australia nanti.
"Jadi, dari luar pusat itu, kami akan dapat bergambar dengannya," katanya yang dijadualkan pulang ke Malaysia pada 7 Mac jam 7 pagi.
Mahfuz berkata, 'tagline' misi tersebut ialah 'C4 Yourself' (Anda lihat sendiri).
Namun, apabila pemberita membangkitkan persoalan kerana ia seperti bertentangan dengan kenyataan awalnya yang mengatakan ia satu misi kemanusiaan, beliau lantas menjawab: "Itu saya bergurau sahaja."
Sirul kini berada di pusat tahanan di Sydney itu, selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Interpol.
Panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan rakan setugasnya bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri selepas sabitan bersalah membunuh Altantuya, membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013.
Sirul tidak hadir ke mahkamah ketika hukuman tersebut dijatuhkan dan dipercayai berada di Australia sejak beberapa bulan lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Mohamad Salleh dilaporkan berkata, menurut rekod imigresen, Sirul ke Australia pada Oktober 2014. ~TMI
Kedahkini.

No comments:
Post a Comment