Pages

Friday, 20 March 2015

PERANGKAP 'Persempadanan Semula'...UMNO akan mendapat semula 2/3 & Memerintah dengan gemilang...

Sabtu, 21 Mac 2015

Hudud Perangkap Yang Membawa Kepada Perangkap Sebenar Umno


Hudud Perangkap Yang Membawa Kepada Perangkap Sebenar yakni Persempadanan Semula

Kalau Pakatan Rakyat pecah kerana hudud, PAS akan hilang semua kerusi Parlimen termasuk kerusi Shah Alam dan Kota Raja.

Selepas itu, PAS juga akan hilang Kelantan kepada UMNO kerana tiada sokongan dari PKR dan DAP.

UMNO pula mendapat semula 2/3 dan memerintah dengan gemilang.

Selepas itu UMNO akan pastikan hudud tidak dilaksana sama seperti di Terengganu sekarang ini.

Maka, di mana kah untungnya pembentangan Enakmen Hudud yang ada ini?

Kalau UMNO berkuasa mereka akan pastikan hudud tidak dilaksana.

UMNO tak pentingkan hudud.

Yang mereka pentingkan adalah berpecahnya Pakatan Rakyat supaya ahli2 Parlimen PAS akan menyokong persempadanan semula.

Dengan persempadanan baru, UMNO/BN akan dapat semula 2/3 dan DAP kekal menjadi parti yang kecil dan tidak releven

Kedudukan Najib akan menjadi lebih kukuh.

UMNO akan merampas semula Selangor dan Penang dalam PRU depan kerana pengundi2 Melayu dan kerusi2 Melayu akan menjadi lebih banyak.

TULANG BESI

ps PKR dah pernah jatuh lubang tahun 2004 sebab sokong hudud di Terengganu.

PKR hingga jatuh kepada satu kerusi Parlimen tahun 2004 sahaja angkara sokong hudud PAS di Terengganu.

Kali ini Tulang Besi mencadangkan supaya PKR memberi syarat kepada sokongan.

Yakni sokongan PKR di Parlimen adalah dengan syarat Presiden serta Mirsyidul Am PAS letak jawatan.

Tanpa sokongan ahli2 Parlimen PKR pindaan kepada Akta 355 mustahil berlaku.

Malahan saya yakin DAP pun akan sokong sama kalau PAS setuju syarat ini

Dipetik dari Malaysiawaves

No comments:

Post a Comment