Punca prestasi SPM menurun
Oleh MOHD. TURMADZI MADUNturmadzi.madun@kosmo.com.my
KHAIR (dua dari kiri) melihat Analisis Keputusan SPM 2014 bersama Tajuddin (kiri), Khairul (dua dari kanan) dan Sulaiman (kanan) di Kementerian Pelajaran, Putrajaya semalam
PUTRAJAYA – Sikap kebanyakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang sering meramalkan soalan-soalan dikenal pasti sebagai salah satu punca menyebabkan bilangan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran peperiksaan itu menurun berbanding pada 2013.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, calon-calon SPM juga didapati mengulang kaji pelajaran dengan mengikut pendekatan lama walaupun pihak kementerian telah mengubah format peperiksaan.
“Pencapaian calon yang memperoleh keputusan cemerlang (Gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki turut menurun apabila tahun ini hanya mencatat 11,289 calon berbanding 13,970 calon pada 2013,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan analisis keputusan SPM 2014 di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Operasi Pendidikan, Datuk Tajuddin Jab, Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Datuk Khairul Awang dan Reaktor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Sulaiman Wah.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
No comments:
Post a Comment