Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 kepada 12 individu yang terlibat dalam perhimpunan membantah pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada 2009.
Perhimpunan itu dibuat selepas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin sebagai menteri besar dijatuhkan.Mereka dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman yang berkuat kuasa hari ini. - Hrkh.
Harakahdaily dalam berita lain melaporkan:PAS Perak memberi jaminan akan menjaga kebajikan ahli keluarga 13 individu yang dihukum penjara 10 bulan hari ini kerana menyertai himpunan membantah rampasan kuasa di negeri itu pada 2009.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, proses rayuan kes ini akan diteruskan oleh peguam di peringkat Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Perak dalam memperjuangkan nasib mereka.
"PAS negeri akan menjalankan tanggungjawab untuk menguruskan kes mereka dan berusaha menjaga kebajikan ahli keluarga masing-masing. - Hrkh.
Kira ok la kalau PAS Perak berani berjanji macam tu, cumanya aku harap janji tu jadi Janji Dicapati macam janji Najib.
Cenangau D'kari |
Hukuman Penjara Untuk Penunjuk Perasaan Adalah Zalim!
Kenyataan Media
18 Mac 2015
Hukuman Penjara Untuk Penunjuk Perasaan Adalah Zalim!
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perak menyifatkan hukuman denda RM5000 dan penjara 10 bulan yang dijatuhkan terhadap 13 penunjuk perasaan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini adalah satu kezaliman.
Seramai 13 orang telah ditahan dalam satu tunjuk perasaan membantah pelantikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selepas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dijatuhkan pada 2009, adalah menifestasi rakyat dari satu rampasan kuasa yang jelas oleh regim pemerintah.
SAMM Perak menggesa keputusan ini disemak dan kes ini dimajukan ke Mahkamah Persekutuan, mengambil kira hak rakyat berhimpun adalah terpelihara dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
SAMM Perak juga meminta semua pihak khususnya parti dalam Pakatan Rakyat memberi perhatian yang besar terhadap kes ini, dan menjaga kebajikan mereka-mereka yang telah berjuang mempertahankan demokrasi tulin ketika krisis kuasa di Perak pada Februari 2009.
Sekian
Zulfadhli A'dil
Penyelaras Bersama SAMM Perak
Solidariti Anak Muda Malaysia
Posted by Edyes Reduan
No comments:
Post a Comment