Pages

Saturday, 25 April 2015

"Batalkan sajalah GST, pegawai sendiri pun tak faham". kata Dr Mahathir

Sabtu, 25 April 2015
JAWANTANKUASA MEI 1, 2015
Tinggal 6 hari lagi......Sudahkah anda bersedia ? Sertai kami di Pasar Seni pada 1 Mei 2015 , 2:30pm
Rakyat tuntut Cukai GST DIBATALKAN
Jangan lupa bawa placard dan banner BATAL GST !

Tahukah Anda?
Mei 1, 2000 merupakan Sambutan Hari Pekerja yang pertama di luar lembah Klang. Ianya doadakan di Ladang Stratshila, Jelapang Perak. Lebin 2,000 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan ini. Rakyat telah berkumpul dan berjalan sejauh 700m di jalan menuju ke ladang. Tema Sambutan pada tahun tersebut adalah: Pekerja Menuntut Akta Gaji Minima.
Dua tahun selepas itu, setiap penduduk Ladang Sratshila mendapat sebidang tanah, hasil perjuangan mereka yang hebat !
Image result for Gambar mahathir

Batalkan sajalah GST, kata Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya dibatalkan sahaja cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Saya fikir batal sajalah," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 500 hadirin di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada GST perlu diteruskan, atau disemak semula kadar 6 peratus yang dikenakan, atau dibatalkan.

"Dulu ada cukai jualan. Kalau nak tambah sikit cukai jualan, itu ok.

"Tapi nak perkenalkan satu sistem yang pegawai sendiri pun tak faham," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan, anjuran gabungan NGO Prihatin.

Badan masyarakat sivil dan pihak pembangkang mendakwa GST akan membebankan rakyat, dan mahu ia dimansuhkan.

Mereka mendakwa bukan masanya untuk rakyat Malaysia dikenakan cukai penggunaan, kerana kadar upah yang rendah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang meningkat.

Bagaimanapun Mahathir, yang juga penasihat Proton, secara berseloroh berkata, kereta nasional lebih murah selepas cukai itu dilaksanakan pada 1 April.

"Harga kereta Proton telah menjadi lebih murah. Jadi, kalau nak beli kereta Proton, belilah," katanya.
Batu vs kayu.

No comments:

Post a Comment