Pages

Thursday, 9 April 2015

HUDUD KENA TUNGGU 18 MEI PULAK...

Jumaat, 10 April 2015

Hudud mungkin tidak sempat dibentang di Dewan Rakyat – Shahidan

HUDUD KENA TUNGGU 18 MEI PULAK

Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagi meminda Akta 355 yang membolehkan
pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, tidak akan dibentangkan pada sesi sidang Dewan Rakyat kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Dewan Rakyat hari ini, ia akan dibawa ke sesi akan datang yang dijadualkan bermula
18 Mei depan.

Katanya, sidang Dewan Rakyat sesi sekarang berakhir hari ini dan hanya membentangkan RUU daripada menteri dalam negeri membabitkan RUU Hasutan (Pindaan)
2015 serta usul dibawa Menteri Kewangan. 

pen buruk online 

No comments:

Post a Comment