Pages

Saturday, 11 April 2015

Kata Dua Hadi Kepada Mahathir..."Jangan bertindak sebagai pengacau"

Ahad, 12 April 2015

Kata Dua Hadi Kepada Mahathir


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata Tun Dr Mahathir Mohamed hanya layak menjadi penasihat kepada kerajaan, bukan bertindak sebagai pengacau.

Justeru katanya, Dr Mahathir tidak sewajarnya memperlekeh usaha pelaksanaan hal berkaitan hudud serta mengkritik anggota dewan undangan negeri (ADUN) UMNO Kelantan yang menyokong enakmen itu.

Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, hudud yang dicadangkan oleh PAS bukanlah hudud yang Islamik sebaliknya ia adalah 'hudud PAS'.

Katanya tujuan parti itu melaksanakan hukum tersebut bukanlah atas nama Islam tetapi kerana hendak meraih sokongan pada pilihan raya umum akan datang.
BLM.

Hadi Nafi Sokong Akta Hasutan...

Pejabat Hadi kata laporan tentang RUU keganasan tak benar

Pejabat Presiden PAS menafikan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 yang diluluskan minggu ini.

Bernama semalam melaporkan Abdul Hadi menyokong usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi rang undang-undang itu.

Bagaimanapun, Pejabat Hadi berkata bahawa laporan itu tidak benar dan bercanggah dengan kenyataan sebenar presiden PAS itu.

Laporan Bernama itu memetik Abdul Hadi berkata demikian dalam satu sidang media di Rusila di Marang semalam.

"Dalam sidang media yang menjadi sumber berita tersebut, presiden PAS menyatakan bersetuju menentang keganasan kerana pada  dasarnya itulah yang disebut dalam Islam," jelas Dr Ahmad Samsuri.

"Manakala membawa masuk keganasan ke dalam negara adalah dilarang oleh Islam.

"Dasar untuk menghalang keganasan adalah bertujuan untuk  mengelakkan fenomena islamfobia terus dijaja dalam dunia Islam.

"Walaupun begitu, PAS tidak bersetuju dengan kerajaan dalam sudut teknikal undang undang yang telah dibahaskan panjang lebar sebelum ini," tambahnya.

Dengan penjelasan ini, kata Dr Ahmad Samsuri, pejabat presiden PAS berharap, laporan itu tidak lagi mengelirukan penyokong dan pendokong PAS seluruh negara.

Menurutnya, rakaman sebenar sidang media presiden PAS itu boleh dilihat dan telah disebarkan ke dalam media maya untuk pengesahan lebih lanjut.

- mkini

No comments:

Post a Comment