Pages

Thursday 23 April 2015

KWSP - Had umur pengeluaran kekalkan pada usia 55 Tahun...

Khamis, 23 April 2015
Kuala Lumpur : Berikutkan desakan orang ramai dan hasil kaji selidik dalam masa dua hari, KWSP menerima lebih dari 50,000 maklum balas berkaitan had umur pengeluaran kepada 60 tahun.

Sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak jadi dilanjutkan kepada umur 60 tahun sebaliknya dikekalkan pada usia 55 tahun.

Menurut Najib keputusan ini dibuat kerana prihatin dengan pandangan rakyat yang mahukan had pengeluaran KWSP dikekalkan pada usia 55 tahun.

"Kerajaan juga sedar berkaitan pandangan rakyat hasil lebih 50,000 maklum balas diterima berkaitan had umur pengeluaran kepada 60 tahun hanya selepas dua hari kaji selidik atas talian dibuat."

"KWSP juga akan memastikan bahawa sebarang perubahan hanya akan dilaksanakan ke atas caruman terkini bagi ahli yang mengambil keputusan untuk bekerja melebihi had umur 55 tahun," katanya ketika berucap pada Majlis Pelaburan Malaysia 2015, di ibu negara. -Siakapkeli.com.my

No comments:

Post a Comment