Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata Himpunan #BatalGST 1 Mei akan mengguna-pakai slogan 'Kami adalah 'Tok Janggut' kerana pemimpin Melayu itu pernah menerajui bantahan terhadap sistem percukaiann yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris.
Justeru, katanya, penentangan terhadap sistem percukaian seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan oleh kerajaan sejak 1 April lalu, bukan perkara yang baru. - Youtube
Tolonglah Saya, Hanya RM3 Dan Saya Boleh Balik Untuk Siapkan Kerja Rumah
Terkesan SK apabila terbaca kisah ini yang menunjukkan seorang remaja yang masih bersekolah terpaksa menjual kerepek dan maruku di hadapan sebuah bank di Dangga Bay, Johor.
Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Felicia Ng telah memuatnaik beberapa keping gambar dan dialog perbualannya dengan remaja tersebut.
"Saya ternampak budak lelaki ini duduk di koridor CIMB Bank dengan cahaya matahari terik menerangi badannya." ceritanya
Berikut adalah perbualan beliau dan kanak-kanak tersebut.
Felicia: "Tak panas ke dik?"
Budak: "Tak,"
Felicia: "Kenapa jual kerepek kat sini? Masih sekolah?"
Budak: "Ya, di SMK Taman Daya,"
Felicia: "Dah tu kenapa jual kerepek?"
Budak: "Saya jual kerepek sebelum saya pergi ke sekolah. Di hujung minggu, saya jual dari jam 1 petang hingga 11 malam,"
Felicia: "Kalau adik tak jual kerepek ni habis, adik tak boleh balik rumah kan?"
Budak: "Ya," katanya sambil mengangguk kepala.
Jadi, saya membeli kesemua 30 bungkus kerepek tersebut dan mempelawa untuk menghantar beliau pulang ke rumah.
Semasa di dalam perjalanan beliau telah menceritakan kepada Felicia bukan dia sahaja yang menjual maruku dan kerepek tersebut malah turut dijual oleh dua adik beradiknya Public Bank Taman Daya dan seorang lagi di Danga Bay.
Semasa kerepek dijual kanak-kanak tersebut meletakkan satu kertas tertulis,
Bantulah saya. Hanya RM3 agar saya dapat balik awal ke rumah untuk buat kerja sekolah.Bapa saya kemalangan motosikal dan tulang di lehernya patah. Ibu pula telah meninggalkan kami sejak kecil. Kami tiada wang dan hidup seramai 5 orang. Nenek saya masak kesemua kerepek ini untuk kami bertiga jual di Public Bank, CIMB Bank Taman Daya dan seorang lagi di Danga Bay.Ini saja cara kami untuk mencari pendapatan dan RM3 ini amat bermakna kepada saya dan juga keluarga.Bantulah kami, terima kasih.Dikala ramai kanak-kanak kecil hanya menunggu wang dari ibu bapa untuk ke sekolah, tetapi mereka pula perlu mencari wang untuk menanggung keluarga walaupun masih bersekolah.
Ada pengguna laman sosial menuduh remaja tersebut adalah di bawah sindeket haram yang memperalatkan remaja sebagai penggemis.
Felicia telah memuat naik sekeping gambar keratan Harian Metro untuk membuktikan situasi remaja tersebut adalah benar-benar terjadi.
Kepada anda yang berada di sekitar Johor Bahru yang menjumpai mereka di sekitar sana bolehlah membeli kerepek dan maruku remaja ini dan adik-beradiknya untuk meringankan beban yang ditanggung. - Siakapkeli.my
Izza
betol.. bila saya nak bank in or cash kan duit.. saya nampak dia dekat luar bank cimb taman daya duduk offer orng belibkerepek..
kenkadang.. sambil duduk tu buat kerja sekolah...
bila ade orng yg beli kerepek dia. senyuman dia tu buat kan saya menitis air mata tngok...
hope pihak yg berkemampuan lebih and pihak berwajib dapat la ringankan beban...
jgn la tunggu nak PRU ke apa ke baru nak turun bantu rakyat... please open ur heart and eye... xkira la dia bangsa , keturunan mahupun warna kulit apa..
jika hati ni ikhlas.. bantuan akan tersalur.. x guna pakai baju kot smart2 tapi otak and mata hati buta baik lepas kan jawatan2 tu semua kalau x boleh nak tolong rakyat..
No comments:
Post a Comment