67 pelajar Malaysia terperangkap dalam masjid Aden
GEORGETOWN - Seramai 67 pelajar Malaysia didakwa terperangkap dalam Masjid Al-Idrus, Aden di Yaman sejak dua minggu lalu ketika menunggu proses evakuasi.
Seorang pelajar yang enggan dikenali mendakwa, tiada wakil dari kedutaan yang hadir atau berada bersama mereka ketika ini untuk menghulurkan bantuan.
Sungguhpun begitu, usaha mereka untuk keluar dari kawasan bergolak tidak berhasil kerana tiada jalan udara atau darat yang selamat untuk dilalui.
“(Lapangan terbang) Aden sudah dibom manakala keadaan jalan darat amat bahaya dengan sekatan tentera kerajaan dan kumpulan Houthi.

“Pilihan yang ada melalui laut tetapi agak sukar kerana perlu melintasi sekatan tentera yang agak ketat,” katanya kepada Sinar Harian melalui e-mel dan aplikasi WhatsApp di sini, semalam.
Beliau berkata, pihak kedutaan meminta semua pelajar terbabit pergi ke Houdeidah tetapi difahamkan perjalanan ke sana juga sangat bahaya dan perlu menempuhi empat kubu atau sekatan tentera yang berlainan iaitu kumpulan al-Qaeda (puak penentang), kumpulan Houthi (penentang kerajaan), Abdullah Soleh (tentera kerajaan lama) dan Abduh Rabbuh (tentera kerajaan sekarang).
“Kami tidak menerima sebarang jaminan keselamatan dan terpaksa berlindung dalam masjid. Keadaan di Aden amat sukar, bekalan elektrik dan air kerap terputus.
“Kami terpaksa buka kembali telaga yang ditutup sejak 20 tahun untuk mendapat air bersih. Bekalan makanan pun semakin berkurangan. Sekarang masih berlaku tembak-menembak,” katanya.

SH.
No comments:
Post a Comment