Kontroversi Ucapan LKS Di KB (Bhgn II)
Ada yang kurang berpuas-hati dengan ulasan saya berhubung ucapan LKS yang saya siarkan kelmarin. Maka berbagai komen dan soalan ditanya melalui media sosial. Salah seorang yang mengemukakan soalan adalah saudara Hizman Husin. Maka di‘PM’nya saya melalui akaun FB dan ditanya saya dua soalan seperti berikut:
1. Kenapa beriya2 sangat mempertahankan LKS walaupun dia tidak bersalah pada pandangan YB ? Adakah ingin menimbulkan polimik or perhatian?
2. Kenapa tidak beriya2 mempertahankan Presiden bila mana DAP memutuskan kerjasama dengan Presiden? Adakah ini demi PR?
Di sini saya sertakan jawapan saya kepada Saudara Hizman dengan lebih jelas lagi agar lebih mudah difahami dan dapat dikongsi bersama.
JAWAPAN KEPADA SOALAN PERTAMA
a) STRATEGI PECAH DAN PERINTAH UMNO
Bukan lagi menjadi satu rahsia bahawa UMNO dapat mengekalkan pemerintahannya selama lebih 58 tahun dengan mengamalkan dasar ‘pecah dan perintah’ yang telah diamalkan oleh penjajah British. Dalam melaksanakan helah ini, PAS digambarkan sebagai ekstrimis Islam yang akan menzalimi orang Cina dan bukan Islam. Pada masa sama DAP perlu digambarkan sebagai ekstrimis ‘bukan Islam’ yang akan menzalimi ummat Islam dan orang Melayu. Dengan cara ini PAS tidak akan mendapat sokongan bukan Islam dan DAP pula tidak akan dapat sokongan orang Islam. Melalui ini sokongan berbilang kaum hanya diperolehi UMNO/BN. Dan dengan itu UMNO/BN akan kekal berkuasa.
Melalui kaedah ini juga, di dalam kawasan calon UMNO bertemu calon PAS, calon UMNO akan menang kerana hampir kesemua pengundi bukan Melayu akan menyokongnya. Sebaliknya, di kawasan calon DAP bertemu calon Gerakan, MCA atau MIC dan calon DAP akan dikalahkan kerana hampir kesemua pengundi Melayu akan mengundi mereka. PAS akan hanya mampu menang di kawasan majoriti Melayu melebihi 90% seperti Kelantan dan Terengganu dan DAP pula di kawasan majoriti bukan Melayu.
Untuk mengatasi strategi ini dan sokongan berbilang kaum dapat diperolehi maka PAS telah bersama dengan DAP dan PKR membentuk PR. Namun itu hanya permulaan. Kebersamaan semata-mata tidak mampu mengatasi fitnah yang tersebar sekian lama melalui strategi pecah dan perintah UMNO. Usaha gigih ke arah membersihkan fitnah dan tohmahan terhadap PAS dan DAP tetap perlu dilaksanakan bersama.
b) PERLU BERSIHKAN IMEJ PAS DAN DAP!
Orang bukan Islam perlu diyakinkan bahawa PAS tidak bencikan mereka dan orang Islam pula perlu diyakinkan DAP tidak bencikan Islam dan ini adalah keadaan sebenarnya! Dengan itu kerjasama PAS dengan DAP tidak akan dilihat sebagai satu‘marriage of convenience’ atau ‘perkahwinan beragenda’ demi mencapai kuasa, tetapi kerjasama ke arah kebaikan atau ‘taawanu alal biir’.
Menyakinkan orang Islam bahawa DAP tidak ‘memusuhi Islam’ adalah penting bagi PAS, sepertimana juga menyakinkan bukan Islam bahawa PAS tidak ‘memusuhi bukan Islam’ adalah penting bagi DAP. Sekiranya imej ‘memusuhi Islam’ tidak berjaya dibersihkan dari DAP, maka PAS akan ‘terpalit’ melalui kerjasamanya dengan DAP!
PAS akan dituduh menggadai prinsipnya demi kuasa sehingga sanggup berkerjasama dengan parti yang ‘memusuhi Islam’. Justifikasi berkerjasama dengan DAP berpaksiatas kejayaan DAP membuktikan, dengan bantuan PAS, bahawa DAP tidak memusuhi Islam. Orang Islam perlu yakin bahawa DAP bukan sekadar tidak ‘memusuhi Islam’, malahan adalah jauh lebih baik dari Gerakan, MCA dan MIC. Hanya dengan itu imej PAS akan turut bersih dan tidak dianggap melakukan kesalahan kerana berkerjasama dengan DAP.
Dan begitu juga bagi DAP. Sekiranya imej PAS sebagai parti yang ‘memusuhi bukan Islam’ tidak dapat dibersihkan, DAP akan terpalit atas sebab kerjasamanya dengan PAS!
c) PIMPINAN YANG FAHAM POLITIK JAHAT
Pimpinan PAS dan DAP yang memahami keadaan ini dan menyedari strategi pecah dan perintah yang digunakan UMNO akan saling membantu ke arah saling membela satu sama lain demi mengatasi tipu helah UMNO. Untuk meyakinkan orang bukan Islam terhadap keadilan PAS, PAS dibantu DAP dengan dimudahkan akses kepada masyarakat bukan Islam. Begitu juga DAP lebih mudah mendapat akses kepada masyarakat orang Islam dengan bantuan PAS berbanding berusaha sendiri. Orang bukan Islam lebih mudah diyakinkan akan sifat keadilan dan persahabatan PAS dengan adanya sokongan dan pengesahan DAP sepertimana juga orang Islam lebih mudah diyakini DAP tidak memusuhi Islam dengan pengesahan PAS!
Kalau dilihat pada Selangor, usaha saling membantu membersihkan tohmahan dan fitnah UMNO telah dilakukan dengan baik. Pimpinan DAP berdamping dengan masyarakat Islam, menziarahi Masjid dan Surau, sambil pimpinan PAS berdialog di Gereja dan Kuil. Maka tohmahan memusuhi Islam atau bukan Islam tidak lagi berkesan.
Melalui pendekatan sebegini, saling membantu membersihkan imej dari tohmahan UMNO, maka sokongan berbilang kaum terhadap PAS dan DAP dapat dicapai. Dengan itu barulah akan ada kemungkinan UMNO/BN dijatuhkan dan PAS bersama PR akan berkuasa!
Hakikatnya, sokongan berbilang kaum diperlukan untuk menang dalam Pilihan Raya bagi membentuk kerajaan. Itu realiti atau waqi’ masyarakat Malaysia. Maka dalam soal ini di kalangan parti politik yang mendapat sokongan bukan Islam dan bukan Melayu, DAP adalah di antara rakan terbaik untuk PAS membina sokongan berbilang kaum dan berbilang agama. Atau ada dalam PAS yang lebih yakin pada Gerakan, MCA dan MIC?
d) PERMUSUHAN TERHADAP PERJUANGAN ISLAM DAN PAS
Dalam soal memusuhi Islam, Gerakan, MCA dan MIC jauh lebih anti terhadap perjuangan PAS berbanding DAP. Oleh itu membantu DAP akan bererti membantu mengalahkan Gerakan, MCA atau MIC! Ini tidak sepatutnya merupakan satu masalah bagi PAS. Hakikatnya pilihan orang bukan Islam adalah DAP atau Gerakan, MCA dan MIC! DAP tidak bertanding melawan UMNO dan jauh sekali lawan PAS!
Begitu juga, bagi DAP, membantu PAS mengalahkan UMNO yang jelas anti-DAP tidak merupakan masalah bagi DAP. Tiada mana-mana parti terpaksa menggadaikan prinsipnya dalam soal ini. Ini adalah kerana parti komponen BN sememangnya bersekongkol dalam urus tadbir yang buruk.
e) KEPIMPINAN YANG KURANG BIJAK POLITIK
Kepimpinan yang kurang bijak politik adalah pimpinan yang percaya pada dakyah dan fitnah musuh! Oleh itu dia akan berkerja ke arah yang diinginkan musuh. Tapi sebodoh-bodoh pemimpin yang sebegini, ada yang lagi tidak bijak.
Yang lebih tidak bijak adalah yang tidak kenal siapa musuh! Maka dengan sendirinya dia tidak mengenali maklumat mana adalah dakyah dan fitnah musuh.
Saya minta maaf, tetapi mana-mana pimpinan PAS, yang atas sebab agenda sempit mereka, sanggup memfitnah DAP sebagai parti yang “anti-Islam, menghina Islam dan ummatnya” adalah pimpinan yang tidak bijak politik. Suara mereka seperti suara UMNO dan PERKASA. Melalui kata-kata mereka, tanpa mereka sedari, mereka mengiyakan tohmahan UMNO bahawa kononnya PAS berkerjasama dengan ‘musuh Islam’ kerana kemarukkan kuasa!
Tidak saya sangka akan ada pimpinan PAS yang sanggup menembak PAS sendiridengan cara sebegini. Ianya menafikan segala usaha yang pernah dilakukan Almarhum Yusuf Rawa, Ustaz Fadhil dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri. Seolah-olah mereka sanggup bersekongkol dengan ‘musuh Islam’ demi kuasa.
Mungkin ini semua berlaku kerana soal menggantikan UMNO sebagai kerajaan, supaya Islam dapat dizahirkan, tidak lagi penting bagi barisan pemimpin seperti ini. Mungkin seperti yang pernah dikatakan oleh salah seorang dari mereka, “UMNO sudah tidak ada agendanya sendiri dan sekarang hanya membawa agenda PAS”. Oleh itu, implikasinya, tidak perlu ditukar!
Oleh itu, adakah rasuah, kronisma, perkauman, kezaliman adalah agenda PAS? Oh maaf, ‘Melayu’ dan ‘Islam’ adalah agenda PAS! ‘Melayu’ dan ‘Islam’ ala UMNO?. Selama ini yang diiktiraf sebagai musuh utama PAS yang menghalang perjuangan Islam adalah UMNO. Mungkin perspektif ini telah mula hilang dari wawasan mereka. UMNO sudah menjadi kawan dan DAP/PKR sebagai lawan?
JAWAPAN KEPADA SOALAN KEDUA
Jawapan kepada soalan ini pernah saya jawab di blog saya bila isu ini timbul. Secara ringkasnya jawapan saya begini;
DAP menuduh DS Presiden sebagai seorang yang mungkir janji dan langgar persetujuan. Kononnya, semasa mesyuarat Majlis Presiden bulan Februari lepas (kalau tidak salah saya), telah dipersetujui (menurut DAP) bahawa Private Member’s Bill atau Rang Undang-Undang Peribadi Ahli Parlimen berhubung hudud akan dibentangkan di Majlis Presiden terlebih dahulu sebelum ianya dibawa ke Parlimen. Didapati DS Presiden telah membawanya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu membentangnya di Majlis Presiden.
Saya tidak boleh kata apa-apa berhubung tuduhan itu kerana saya tidak hadir mesyuarat Majlis Presiden berkenaan dan tiada juga videonya atau minit mesyuaratnya dengan saya. Tidak seperti ucapan LKS di KB. Lagi pun yang dituduh dan yang turut hadir pun ada dan mampu memberi jawapan.
Oleh itu, saya telah minta isu ini diperjelaskan oleh DS Presiden sendiri atau siapa sahaja yang telah hadir mesyuarat berkenaan. Permintaan saya telah saya sampaikan semasa mesyuarat AJK PAS Pusat bulan Mac lepas. Saya menyatakan bahawa tuduhan “tidak pegang pada janji” adalah satu tuduhan serius. Sebagai parti Islam kita mesti dilihat sebagai parti yang ‘sidiq dan amanah’. Saya telah turut menggesa supaya DS Presiden atau SUA menjelaskannya dengan segera dengan diadakan sidang media mengenainya.
Itu yang mampu saya lakukan memandangkan saya bukan ahli kepada mesyuarat tersebut dan tidak mampu mengiyakan atau menidakkannya.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

No comments:
Post a Comment