Pages

Friday, 1 May 2015

Merah hitam serang Kuala Lumpur...

Sabtu, 2 Mei 2015

Merah hitam serang Kuala Lumpur, bantah GST

 CUPLIKAN                                                                                                       
Walaupun demo menentang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di ibu kota Kuala Lumpur hari ini tanpa dihadiri Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, namun puluhan ribu rakyat yang membantah dengan pelaksanaan cukai berkenaan keluar melepaskan perasaan.

Sebelum ini Tengku Razaleigh dilaporkan berkata "sedia" untuk hadir sama begitu dengan Dr Mahathir Mohamad. Kesediaan Tengku Razaleigh dan Mahathir itu berdasarkan penentangan mereka kepada pelaksanaan cukai berkenaan.


Tengku Razalieg minta agar GST ditangguhkan manakala Mahathir pula berpendapat BN akan kalah sekiranya cukai berkenaan dilaksanakan. Bekas PM itu juga diundang dari jauh agar datang belajar berdemon petang ini.
Mohamad Sabu dalam satu kenyataan semasa melancarkan tunjuk perasaan itu sebelum ini membayangkan Tengku Razaleigh akan ikut sama berdemon. Katanya dia telah menghubungi Tengku Razaleigh dan ahli Parlimen Gua Musang bersedia namanya digunakan.

Bagaimana pun saya sejak awal lagi tidak yakin yang ahli parlimen Gua Musang itu akan hadir, apa lagi Dr Mahathir Mohamad.
Baik Mahathir dan Tengku Razaleigh mereka sudah tidak larat untuk berarak dan melaungkan slogan anti GST atupun anti Najib. Mereka lebih selesa berjuang dari atas jendela sahaja.

Kehadiran yang dilaporkan lebih 40,000 hari ini, menunjukkan rakyat tidak pernah gentar dengan ugutan pihak berkuasa akan bertindak ke atas mereka. Sebaliknya tunjuk perasaan yang masih berlangsung itu, tidak pun diganggu oleh polis.
Dataran Merdeka yang disekat daripada dimasuki penunjuk perasaan juga berjaya disinggahi dan penunjuk ramai-ramai duduk di lapangan dan berihat. Apakah kejayaan memasuki Dataran Merdeka itu memggambarkan demon anti GST itu berjaya dan ia merupakan mesej kepada Najib dari pihak DBKL sendiri yang sebelum sangat rapi mengawal dataran berkenaan?

Sambil berarak para demonstran membawa pelbagai sepanduk dan banneryang mengecam kerajaan. Lauangan "Najib Undur," dan "Rosmah Undur", bergema disepanjang jalan dari Masjid Jamek, Masjid Negara, Pasar Seni, yang kemudian bertemu dan berhimpun di Dataran Merdeka.
Saya sempat menyelak beberapa laman facebook rakan dan mengambil gambar yang dipos. Di sini dipaparkan beberapa keping gambar untuk tatapan dan menilai sendri apakah himpun sempena 1 Mei hari buruh ini berjaya atau tidak.

Sebelum ini RTM telah menghantar seorang wartawan (buta berbangsa India) yang melaporkan tunjuk perasaan hari ini tidak berjaya. Katanya keadaan jalan dan lokasi himpunan sunyi sepi sahaja dan memberi gambaran tunjuk perasaan itu gagal. Jadi gambar yang dipapar ini boleh menjawab laporan busuk wartawan RTM berkenaan.

Wartawan itu juga membuat seruan agar orang ramai tidak terlibat dengan tunjuk perasaan itu kerana ia akan berhadapan dengan tindakan undang-undang. Selepas jam 430 petang setelah para himpunan memadatkan jalan raya tidak ada lagi lintang langsung dan laporan wartawan "buta" berkenaan.
Dalam pada itu acara hari ini lebih didominasi oleh aktivis parti dan gerakan sosial. Tidak nampak sosok-sosok dan pemimpin politik kecuali Mohamad Sabu, Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Dzulkify Ahmad, Tian Chua, Shamsul Iskadar Md Akin, dan Idris Ahmad.

Turut ternampak ialah Ahmad Awang bekas Naib Presiden Pas. Mungkin kehadiran Ahmad yang dikenali sebagai ulama itu mewakili kepimpinan ulama Pas. Sekian. [wm.kl. 5:23 pm 01/05/15] 

 * Terima kasih atas ehsan foto dari FB rakan.

















a




No comments:

Post a Comment