PAKATAN RAKYAT MENANG DI PERMATANG PAUH, TAHNIAH PAS!
Parti yang menang PKR, kenapa tahniah kepada PAS?
PKR ATAU PAKATAN RAKYAT YANG MENANG? |
Jika kita lihat data di atas, mana ada tulis PAS? Pakatan Rakyat pun tiada.
Habis? Kenapa beri tahniah kepada PAS?
Cuba lihat gambar-gambar di bawah:
WAN AZIZAH DIAPIT PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT. ADA ORANG HILANG KE? |
AKTIVIS PAS INI DARI SELANGOR. JAUH TUU..! |
TIMBALAN PRESIDEN PAS PUN TURUN PADANG |
NAIB PRESIDEN PAS JUGA SPORTING MENYOKONG PAKATAN RAKYAT DI PERMATANG PAUH |
KETUA PEMUDA PAS BERKEMPEN DI PERMATANG PAUH, TAPI APA DIA DAPAT? |
EKELEH, ORANG SIBUK BANTAH GST, APA DIORANG BUAT? |
SOKONG JANGAN HUKUM SECARA TERBURU-BURU, TAPI YANG HUKUM DUA ADUN SELANGOR TU MACAM MANA PULAK? |
Begitu banyak ragam yang kontra supaya tidak memberi kerjasama kepada PKR - tidak berusaha memenangkan Pakatan Rakyat; tetapi pemimpin PAS terus istiqomah, turun membantu. Begitu juga jentera "human capital" PAS yang ramai berganding bahu dengan rakan tahaluf siyasi, PKR dan DAP - tidak dapat diperincikan seorang demi seorang.
Sebab itu Yong ucap tahniah kepada PAS. Kerana PAS tidak mendengar hasutan puak-puak tertentu yang sedang berebut jawatan di dalam parti.
Ya! Yang kalah sebenarnya bukan UMNO. Parti itu tetap berkuasa di Malaysia. Tetap sedap mengambil duit KWSP dan Tabung Haji. Yang kalah ialah pihak yang berusaha keras untuk mengkucar-kacirkan Pakatan Rakyat dari dalam. Yang kalah ialah pihak yang cuba menyelamatkan UMNO dalam saat ia semakin nazak.
TAKKAN KAMU TAK TAHU MANA ADA YANG CERDIK LAGI DALAM UMNO, WEH? |
SUDAH LAMA RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN, CUMA TINGGAL YANG KELABU ASAP JER |
PRK Permatang Pauh menyingkap wajah sebenar mereka yang mengaku "Pejuang-Pejuang Islam" dalam PAS.
TAHNIAH PAS!
TAHNIAH PKR!
TAHNIAH DAP!
TAHNIAH PSM!
TAHNIAH DATO' SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL - BAKAL KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA!
Jangan peduli kepada orang yang suka memperlekeh tahap kemampuan/kebolehan seorang perempuan!
No comments:
Post a Comment