Pages

Tuesday, 19 May 2015

Pembinaan Terusan Kra...Selat Melaka terancam?

Selasa, 19 Mei 2015

17 May · 
 

Apa akan berlaku pada export imports bila terusan ni siap kelak?

Adakah kapal2 dagang akan pilih untuk melalui terusan atau berdagang seperti biasa?

Bincangkan...

  • Zam Rizal dah nampak Kerajaan Thai lebih bijak dari sekutu2 pointer 3.85...
  • All Disc Singapore paling teruk terjejas. Malaysia tak kurang juga port klang Dan port tg pelepas. Dan selat melaka Yg paling sibuk di didunia akan tinggal kenangan. Jadi lengang. Lanun pun tensen. Jadi nelayan.
  • Aswadie Tam Thailand jauh lebih maju dari singapore... Malaysia masih sibuk lg dgn rasuah,ketirisan,fitnah memfitnah,cukai dgn pelbagai cukai,yg bodoh terus kekal bodoh sampai ke mampus....
  • Hirman Shadarin Arsha Sewa panda berjuta dari China, China buat terusan baru tutup laluan Selat Melaka

China pintas Terusan Kra Isthmus ancam Selat Melaka?

 
Tersebar berita yang masih ditahap memerlukan pengesahan berhubung pembinaan Terusan Kra. Ia menjadi viral apabila dilaporkan oleh portal China Daily Mail semalam (17 Mei 2015) bahawa suatu memorandum kerjasama telah ditandatangani bersama oleh pelbagai pengusaha perniagaan di Guangzhou, China untuk membina sebuah terusan sepanjang 102 kilometer dengan kelebaran 400 meter dan kedalaman 25 meter di Kra Isthmus, Thailand.

Portal itu sebelum ini, pada 16 Mac 2014 telah menjelaskan antara kewajaran China memerlukan laluan alternatif dengan pembinaan Terusan Kra Isthmus adalah kerana laluan perdagangan ke Lautan Hindi melalui Selat Melaka mempunyai masalah lanun, bangkai kapal, jerebu, mendapan dan beting.

Kadar kemalangan pula dilaporkan dua kali lebih tinggi berbanding di Terusan Suez dan empat kali lebih tinggi berbanding di Terusan Panama.

Sejauh mana ketepatan berita tersebut memerlukan satu pengesahan kerana ia tidak dilaporkan secara meluas oleh portal berita ternama dan lebih berkredibiliti.

Namun, berita cadangan terusan ini sudah lama berlegar dan dibicarakan tetapi masih tertangguh sehingga kini. Apa yang perlu ialah kita meninjau kesannya terhadap Malaysia.
Jika benar, dengan pembinaan Terusan Kra Isthmus ini, kapal-kapal boleh memintas Selat Melaka dan memendekkan perjalanan mereka sebanyak 1200 kilometer.

Pembinaan ini akan memberi keuntungan yang besar kepada negara-negara yang terpaksa melalui Selat Melaka sebelum ini untuk aktiviti perdagangan dengan negara-negara Timur Tengah dan Eropah.

Sebelum ini, Selat Melaka sebagai jalan penghubung laut utama mahu dikuasai oleh pelbagai negara termasuklah Amerika Syarikat, China, Jepun dan India kerana kedudukannya yang strategik untuk penguasaan ekonomi.

Sebagai contoh, Jepun mengimport hampir 80% bekalan minyaknya dari Timur Tengah melalui Selat Melaka.

Ditambah lagi dengan keadaan kepulauan negaranya, memiliki sumber yang terhad, jarak yang jauh dengan negara pembekal tenaga, bahan mentah dan makanan, maka Jepun sangat memberikan perhatian yang tinggi terhadap keselamatan lebih 50% produk-produk perniagaannya yang diangkut melalui pelayaran di selat itu.

China, yang merupakan kekuatan baru di Asia juga sangat bergantung kepada Selat Melaka untuk aktiviti perdagangan dan pengangkutan tenaga.

Kini, sekitar 60% minyak mentah yang diimport China bersal dari Timur Tengah dan angka ini sebelum ini diunjurkan akan meningkat kepada 75% pada tahun 2015. Minyak dari Teluk Parsi dan Afrika dihantar ke China melalui Selat Melaka (72%), Lombok atau Makassar.

Dianggarkan lebih 60,000 buah kapal berlayar melintasi selat ini pada setiap tahun dan putaran wang di selat ini pula ialah antara AS$84 bilion hingga AS$250 bilion setahun.

Dilihat daripada aspek ini, tidak hairanlah Pelabuhan Kelang sebelum ini berada pada kedudukan ke-13 pelabuhan kontena dunia dan berjaya menghubungkan Malaysia dengan lebih dari 500 pelabuhan di 120 buah negara di seluruh dunia sehingga berupaya mengendalikan lebih dari 49.3% daripada jumlah kendalian oleh pelabuhan-pelabuhan persekutuan di Semenanjung Malaysia pada tahun 2009.

Apa yang pasti ialah apabila Terusan Kra Isthmus benar-benar dibina ia bakal menghubungkan secara terus negara-negara seperti Jepun dan China dengan negara-negara Timur Tengah dan Afrika tanpa lagi melalui Selat Melaka, justeru bakal memberi kesan yang ketara kepada Pelabuhan Kelang dan ekonomi negara.

Persoalannya ialah jika berlaku, apakah persiapan negara dan usaha-usaha yang dilakukan kerajaan dalam menghadapi perubahan laluan perdagangan antarabangsa ini?

Projek ini tentu menguntungkan Thailand dan China terutamanya namun apakah pula kesannya kepada negara? - HARAKAHDAILY 18/5/2015

No comments:

Post a Comment