Pages

Saturday, 9 May 2015

Penjelasan yang Biadap, Kurang Ajar & Menghina! "Tolonglah jangan tipu atau cuba klentong orang"

Sabtu, 9 Mei 2015


Sebelum Hendak Tutup Akaun Tabung Haji, Baca Sampai Habis Dulu Artikel Ini

Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %. Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah.

Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ?


http://www.tv14.my/2015/05/09/jangan-tutup-akaun-tabung-haji-baca-sampai-habis-dulu/

Niaga Bhh Isu Tabung Haji : Penjelasan Yang Biadap, Kurang Ajar Dan Menghina Pendeposit Tabung Haji
Saya diberi faham kenyataan yang berikut ini telah dikeluarkan oleh sebuah agensi psy-war Kerajaan, kononnya untuk mencerahkan kekeliruan Tabung Haji membayar har
ga tinggi dan lumayan untuk membeli tanah kepunyaan 1MDB. 

Jawapan dan komentar saya diselitkan dalam tulisan biru.

JANGAN POLITIKKAN TABUNG HAJI, BUKAN TABUNG HAJI BELI TETAPI ANAK SYARIKAT TABUNG HAJI BELI TUJUAN PELABURAN DALAM PERNIAGAAN HARTANAH

Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.

Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH. Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.

Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?


My comments : Ini adalah jawapan yang paling bodoh yang hanya boleh keluar dari otak orang yang kurang berpendidikan, tidak berpelajaran dan tidak faham apa pun berkenaan perniagaan dan corporate structure atau struktur syarikat. Juga agensi psy-war Kerajaan yang menulis penjelasan ini cuba spin atau putar belitkan kenyataan untuk memperbodohkan orang kampong.

Anak syarikat mesti ada ibu syarikat (parent atau holding company), terutama sekali apabila ibu syarikat memegang 50% atau lebih saham anak syarikat. Anak syarikat yang dipunyai 100% disebut 'wholly owned subsidiary'. Dengan secara otomatik, akaun anak syarikat yang dipunyai lebih dari 20% sahamnya mesti digabungkan (consolidated) dengan akaun ibu syarikat. Jika ibu syarikat pegang saham lebih 50%, maksudnya 'anak syarikat' adalah tidak beza dari 'ibu syarikat'.

Modal untuk mulakan perniagaan 'anak syarikat' bukan jatuh dari pokok mangga belakang rumah di kampong. Modal anak syarikat datang dari ibu syarikat juga. Ibu syarikat yang kena tanggung kewangan 'anak syarikat'.

Jika anak syarikat rugi, bankrap, kena saman hutang di mahkamah dsbnya maka ibu syarikat, sebagai pemegang saham utama, akan turut tanggung rugi.

Contoh yang paling senang untuk faham perkara ini adalah 1MDB. 1MDB adalah anak syarikat Minister Of Finance Incorporated atau Perbadanan MOF. 1MDB boleh pinjam duit atas jaminan 'ibu syarikat' MOF (Kerajaan M'sia). Jika 1MDB bankrap, ibu syarikat terpaksa tanggung beban jaminan serta turut kehilangan duit. 

Kalau tidak begitu, cuba jelaskan kenapa ibu syarikat 1MDB ia itu MOF Inc baru ini beri pinjaman tambahan RM950 Juta kepada 1MDB? Kenapa tidak suruh 'anak syarikat' nya ia itu 1MDB pergi mampus saja? 

Tanah yang dijual kepada TH itu pun bukan kepunyaan 1MDB tetapi dimilik atas nama anak syarikat 1MDB (yang memang mempunyai banyak anak syarikat). 

Tetapi umum sedia faham pemilik yang sebenarnya adalah 1MDB. 

Seterusnya umum juga sedia faham bahawa pemilik sebenarnya adalah MOF Inc ia itu Kerajaan Malaysia (wang rakyat Malaysia).

Jelas bahawa status anak syarikat tidak melepaskan ibu syarikat daripada tanggung jawab, tanggung rugi dsbnya. 

Jadi tolonglah jangan tipu atau cuba klentong orang kononnya anak syarikat itu beza dan terasing dari ibunya. - sumber -http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/.../isu-tabung...



 “Majoriti yang diam” (the silent majority) mula bersuara!


Eija De'Smith 

Pengenalan:
Saya adalah antara jutaan “majoriti yang diam” (the silent majority). Kebiasaannya, berdasarkan berita yang saya baca, saya hanya geleng kepala, mengucap dan menguatkan azam untuk memilih parti yang mengutamakan atau pentingkan rakyat apabi
la tiba masanya nanti. Bukannya mereka yang terlalu taksub dengan pemimpin. Pemimpin hanyalah manusia biasa, yang boleh dan wajar diganti dari semasa ke semasa.

Latarbelakang:
Tabung Haji (TH) adalah antara institusi kewangan yang penubuhannya tersangat unik di dunia. Tidak ada mana mana entiti kewangan yang sedemikian. Niat asalnya, terima wang dari rakyat jelata, simpan, labur uruskannya sebaik mungkin dengan mematuhi tuntutan syariah. Tahniah dan syabas kepada pemimpin terdahulu yang berjiwa rakyat dan mempunyai visi yang sangat jauh dalam membantu merialisasikan impian warga kampung dan desa untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima, iaitu menunaikan haji.

Kenapa saya bersuara:
Tabung haji telah melakukan kesilapan dengan melantik seorang pengerusi yang tidak pengetahuan, tidak berkelayakan dari segi akademik mahupun pengalaman dalam bidang kewangan. Ramai lagi warga melayu asli yang lebih layak. Namun, saya sepertu yang lain, hanya mengeluh dan menggeleng kepala apatah lagi pengerusi yang baru merayu di berikan peluang untuk menunjukkan kebolehannya. Pemilihan beliau terbukit silap berdasarkan kemelut pembelian tanah yang terbaru dari 1MDB.

Namun beliau tidak harus dipersalahkan bersendirian. Di mana ahli lembaga pengarah yang lain? Yang terpelajar, yang berpengalaman, di mana mereka? Yang, seperti yang di canangkan, sememangnya urusan pembelian ini “bersih” atas kertas. Tabung Haji boleh melabur dalam bidang hartanah seperti mana kebiasannya. Persoalanya, 1MDB beli pada harga yang teramat rendah. 1MDB, kini berdepan dengan masalah aliran tunai. Mana-mana ahli perniagaan yang mahir dan bijak akan cuba mendapatkan sesuatu pada harga yang terbaik. Harga yang dibayar untuk tanah yang dibeli bukanlah harga terbaik. 1MDB mempunyai terlalu banyak masalah dan terdapat kemungkinan untuk jatuh muflis. 

Tabung Haji sepatutnya tunggu sehingga 1MDB menjual asetnya pada harga lelong, lambat laun mereka terpaksa berbuat demikian, jika tidak dibantu oleh tangan-tangan ghaib. Kenapa tidak tunggu. Jika TH benar benar perlukan tanah tersebut kenapa tidak dibeli terus dari kerajaan. Tanah tersebut sedia wujud dan milik kerajaan sebelum ini. Bukankah TH wujud sebelum 1MDB lagi. Bukankah penaung TH Perdana menteri sendiri di mana terdapat wakil dari Jabatan Perdana Menteri selaku ahli lembaga pengarah?

Saya bersuara kali ini kerana berpendapat pengurusan TH telah berlaku tidak adil kepada pencarum. Duit yang disimpan oleh rakyat jelata yang 100% beragama Islam, yang dikumpul sen demi sen dengan menitiskan keringat dan darah, telah digunakan untuk tujuan yang mencurigakan.
Pengurusan Tabung Haji mesti dihukum.

Hukum Pengurusan Tabung Haji:
Jika anda berfikir ada pihak yang akan menghukum Pengurusan TH, anda silap. Kita yang harus menghukum mereka. Saya dan anda. Bagaimana? Beraturlah. Jangan pegang sepanduk, jangan bersuara, jangan marah, jangan maki. Hanya bawa buku pelaburan. Pindahkan caruman anda ke institusi kewangan yang lain. Saya cadangkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau mana-mana institusi kewangan yang menawarkan produk atau pelaburan yang mematuhi sistem perbankan Islam.

Ini harus berterusan sehingga pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang terlibat meletak jawatan. Jika anda mengeluarkan semua wang anda, mereka tiada pillihan, selain daripada melepaskan jawantan mereka. Ini adalah hukuman kepada TH dan amaran kepada yang lain.

Kesimpulan:
Jika anda beragama Islam, mempunyai kesedaran bahawa wang yang disimpan oleh rakyat jelata di TH adalah untuk menunaikan tuntutan Islam. Bertindaklah. Bertindaklah menghukum mereka sekarang sebelum berbilion ringgit hilang. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Yang Benar, 
Baharizal
Taiping Perak
Pls forward this. I take responsibility for what I write.

No comments:

Post a Comment