Pages

Friday, 22 May 2015

[Video] Umno Tak Habis-Habis Buat Lawak? Dalang Rakam Dan Sebar Video Klip TPM

Jumaat, 22 Mei 2015

Kontroversi Ucapan Muhyiddin - Umno Tak Habis-Habis Buat Lawak

Zahid siasat individu rakam ucapan Muhyiddin


KUALA LUMPUR - UMNO dalam proses menyiasat individu yang merakam video ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan tertutup bersama pemimpin di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, Sabtu lalu.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusuf berkata, siasatan yang diketuai Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu juga dijangka selesai dalam sedikit masa lagi.

“Zahid sedang menjalankan siasatan untuk mencari individu yang membuat rakaman semasa perjumpaan tertutup berkenaan.

“Jelas peraturan di ILMU sudah tidak dipatuhi individu berkenaan, ia merupakan satu kesalahan jika ada yang merakam lebih-lebih lagi menyebarkan rakaman video berkenaan,” katanya, lapor  Astro AWANI.

Pada Sabtu, Muhyiddin dilapor meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Di dalam video itu, Muhyiddin turut menyeru supaya polis menyiasat syarikat itu.

Dalam pada itu kata Ab Rauf, peserta program di ILMU seharusnya sudah sedia maklum peraturan dan garis panduan di institut berkenaan.

“Sudah jelas di ILMU tidak boleh ada sebarang rakaman dibuat, jadi penyebar video itu sudah dianggap melanggar undang-undang,” ujarnya.

Sementara itu tinjauan ke laman Facebook ILMU mendapati beberapa mesej bergambar termasuk ‘selfie’ turut dicatat di laman berkenaan.
BLM



Melalui rakaman gambar di atas jelas terdapat seorang individu telah bertindak merakam ucapan tersebut menggunakan telefon bimbit miliknya. 

Dari risikan dan maklumat yang diberitahu bahawa individu berkenaan ialah pemimpin UMNO salah satu bahagian Wilayah Persekutuan. 

Beliau yang dimaksudkan ialah :  


KAPT (B) DATO’ AZRI BIN HJ MOHD ZAIN  
TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT 
BERALAMAT NO 12, JALAN 3/777 GOMBAK SETIA GOMBAK, SELANGOR, DARUL EHSAN . 

NO H/P :- 011 2827 7215 


Pihak yang dinamakan perlu memberikan respon atas maklumat ini kerana dalam rakaman tersebut jelas kedengaran suruh pecat Dato' Seri Najib Razak ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut agar PM pecat semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dan jemput pihak polis untuk siasat demi mengembalikan keyakinan rakyat. 

Bukan membuat tuduhan melulu tetapi sekadar menjemput tubuh badan memberikan penjelasan demi pencerahan dan kebenaran ..

Lagi pun dikhabarkan yang Naib Presiden Kanan UMNO Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah pun menjalankan siasatan .. agar maklumat yang disalurkan ini dapat sedikit sebanyak membantu bagi merungkai kekecohan ini. 

SUMBER

SEDAKAsejahtera.

No comments:

Post a Comment