Pages

Wednesday, 10 June 2015

Ada pihak membelakangkan PR demi mendekatkan diri dengan Umno? DAP SEKOLAHKAN PEMIMPIN PAS!

Khamis, 11 Jun 2015
HOT!!! : LAGI DAP SEKOLAHKAN PEMIMPIN PAS..

Dicatat oleh Pejuang Perubahan 


PAS, DAP terus ungkit mengungkit

PAS dan DAP kini terus ungkit mengungkit kesalahan masing-masing selepas kemelut susulan keputusan muktamar PAS yang menerima usul memutuskan hubungan dengan sekutunya itu.

Setelah pemimpin PAS mendakwa Pulau Pinang “kerajaan bersama” kerana dimenangi bersama dalam pilihan raya umum lalu, DAP pula berhujah sebaliknya.

“Cubalah tanya diri sendiri, berapakah kerusi yang dimenangi oleh PAS selama ini?” soal Ketua Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik.


Anggota Parlimen Tanjung itu juga berkata dalam empat pilihan raya – daripada 1999 hingga 2013 – PAS hanya menang satu kerusi saja di Permatang Pasir.

Kerusi itu kini diterajui oleh Salleh Man.

Ng berkata pada 2008 dan 2013 lagi DAP boleh membentuk kerajaan campuran dengan PKR tanpa PAS.

DAP kini mempunyai 19 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan PKR pula 10 kerusi.

Malah, kata Ng lagi, jika PAS tidak meletakkan calon ketiga untuk bertanding di Sungai Acheh, sudah pasti kawasan itu dimenangi oleh calon PKR Badrul Hisham Shahrul (baju kuning) dalam pilihan raya umum lalu.

“Kita DAP bukan nak bersikap angkuh. Kita DAP hanya bercakap fakta dan angka sahaja.

“Akan tetapi, ada pihak yang cuba mengagung-agungkan diri sehingga sanggup membelakangkan rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, demi tujuan mendekatkan lagi diri dengan Umno.

“Adakah ini lagi dikenali sebagai semangat Pakatan?” soalnya.
Malaysiakini.


'Kalau nak bergabung sangat, pergilah...'


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini semakin berkelakuan seperti "pemimpin Umno" dengan memainkan sentimen perkauman sambil menyerang parti berkenaan.

Semakin lama, kata Lim, Abdul Hadi dilihat lebih sebagai pemimpin Umno berbanding Presiden PAS.

"Adakah ini kerana beliau nak (menjayakan) kerajaan perpaduan? Beliau tetap sokong perdana menteri walaupun Lembaga Tabung Haji ada masalah?" kata Lim dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu, jika Abdul Hadi benar-benar mahu membina kerajaan perpaduan dengan BN dan Umno, dia boleh melakukannya secara terang-terangan.

Semalam sebuah laman web melaporkan kenyataan Abdul Hadi mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Kata Abdul Hadi, PAS bersedia memutuskan hubungannya dengan Pakatan ekoran isu kabinet bayangan.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment