Pages

Saturday, 20 June 2015

Bonus Aidilfitri : Kerajaan Negeri P/Pinang umum awal..."bonus setengah bulan gaji"

Sabtu, 20 Jun 2015

Bonus Aidilfitri : Kerajaan Negeri P/Pinang umum awal untuk kakitangannya

GEORGE TOWN, 18 JUN: Kakitangan kerajaan negeri terus mendapat perkhabaran baik apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pemberian bonus bernilai setengah bulan gaji atau minimum RM600 sempena Aidilfitri tahun ini.

Guan Eng berkata, bonus dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM5.2 juta itu disalurkan melalui Bantuan Khas Kewangan dan bakal diagih-agihkan kepada semua 4,178 penjawat awam negeri.


“Pembayaran akan dibuat pada 25 Jun iniagar ia dapat menyerikan lagi ibadah puasa di bulan Ramadhan yang suci ini,” katanya dalam sidang media di Komtar.

Menurut Guan Eng, pemberian bonus itu juga merangkami guru atau penyelia Kelas Agama dan Fardhu Ain, sekolah agama rakyat dan sekolah persendirian cina, yang akan menerima bonus sebanyak RM300 setiap seorang.

Katanya, guru tahfiz atau pondok dan tadika Islam pula akan menerima RM200 setiap seorang.

No comments:

Post a Comment