Pages

Tuesday, 16 June 2015

Dulu syetan, parasit .... sekarang intan payung?

Rabu, 17 Jun 2015

Dulu syetan, parasit .... sekarang intan payung?



Depa ni nak buat lawak ker apa? Sebelum muktamar puak-puak ni berkempen untuk jawatan parti, bukan main lagi melabel pihak yang tidak sehaluan. Bukan sekadar melabel ini golongan ulama dan ini golongan profesional... 


Tapi melabel dengan gelaran yang menghina dan cercaan nista yang amat keji! Siapa yang menggelar Barua dan Broker kalau bukan Hj Hadi? Dialah yang gemar melabel anak buah sendiri.                                  Dialah juga yang kata 'Pengkhianat' kepada mereka yang pro-Pakatan dan digelar sebagai pro-DAP. Dialah yang kata nak singkirkan ahli Sekular...     Dialah juga yang gelar orang Tolol...Ini macamkah kelaku seorang Presiden parti Islam? Ulama taraf donia?

Yang mula melabel Munafiq Haraki siapa kalau bukan At-Takiri? Yang melabel Jemaah Jebon, siapa kalau bukan Mokhtar Senik. Mereka ini adalah pemain utama dalam kempen yang tidak beretika.


Ketika Multaqa Ulama SeMalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya pada 21 Februari 2015, perwakilan Dewan Ulama Pas Kedah, Mohamad Fauzi Hussin menggesa kepimpinan Pas Pusat segera membersihkan parti itu daripada unsur pengkhianatan yang disifatkannya sebagai 'syaitan dalam jemaah.Videonya di sini 

Beginilah stendad ulama yang ada dalam PAS, konon nak perjuangkan Islam tapi lebih nak punahkan Islam.


Maka tidak hairanlah bila mana macai-macai ulama yang sebegini turut terpesona dan ikut melabel pihak lawan dengan gelaran Bapak Anjing, Lawan Ulama, Anti Hudud, Proksi Ketum, Liberal, Sekular, Syaitan.... alahai, belambak kalau nak ditulis tak cukup ruang! 
Bila dah berjaya mempengaruhi jemaah bahawa golongan pro-Pakatan Rakyat adalah sekularis yang perlu disingkirkan dan tempat yang diidamkan dapat kepada mereka, kini korang nak berlakon jadi orang baik, pujuk rayu intan payung....peerah!

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 12:01 a.m. 

No comments:

Post a Comment