Pages

Sunday, 21 June 2015

'Fatwa Kapio' - Kalau bukan PAS, "Jemaah mane yang ngko (kamu) maksudkan" Narazli oii?

Isnin, 22 Jun 2015
Kalau bukan PAS, jemaah mana yang Norazli maksudkan?


HIMPUNAN

IPOH – “Saya tidak ada mengeluarkan kenyataan seperti itu,” itu penjelasan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa berhubung kontroversi kononnya beliau mengeluarkan fatwa menyatakan mana-mana individu yang keluar dari Pas akan jatuh kafir.

Nor Azli berkata, isu berkenaan timbul selepas beliau dijemput menyampai -kan tazkirah Ramadan di sebuah masjid di Batu Kurau, kelmarin. Katanya, apa dijelaskan dalam tazkirah itu hanya membabitkan maksud sebuah hadis yang menyentuh mengenai perjuangan dalam Islam.

 “Dalam hadis yang saya nyatakan itu bermaksud: ‘Sesiapa yang berpisah atau keluar dari jemaah walau sejengkal, maka sesungguhnya dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya”.  “Saya ulas lebih lanjut berhubung hadis itu dan ia tidak rujuk pun kepada mana-mana pihak, jadi saya tidak pasti bagaimana dakwaan seumpama itu boleh keluar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menerusi laman sosial, Facebook, Nor Azli didakwa mengeluarkan fatwa jatuh kafir kepada mereka yang keluar dari parti Islam itu.  Kenyataan dimuat naik dalam Facebook itu mendapat reaksi negatif.  Nor Azli yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, sepanjang tempoh ini, isu jatuh kafir sekiranya keluar Pas tidak pernah dibangkitkan dalam ceramah melibatkan dirinya.

 “Tak tahulah kalau ada pihak yang cuba nak fitnah saya, setahu saya mereka yang memuat naik isu itu pun, tidak hadir dalam tazkirah saya semalam (kelmarin),” katanya.  Beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat. sumber 

Komen al-Husseyn: 

Mungkin Norazli tidak sebut sebiji: "jatuh kafir kepada mereka yang keluar dari parti Islam itu"

Hadis itu membawa maksud:  ‘Sesiapa yang berpisah atau keluar dari jemaah walau sejengkal, maka sesungguhnya dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya.' - Melepaskan ikatan Islam dari lehernya itu bermaksud keluar dari Islam atau murtad.

Cuma nak tanya Norazli : Jemaah yang dia maksudkan itu jemaah mana kalau bukan jemaah PAS? Tolong katakan, apakah Norazli turut mengiktiraf lain-lain jemaah di Malaysia selain PAS sebagai al-Jamaatul-Muslimin? Sajer nak tanya benda tu saja.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

No comments:

Post a Comment