Fokoskan gerakerja "Parti Baharu" secara berkesan dan profesional, sasarkan anak-anak muda
FOKUSKAN GERAKERJA PARTI BAHARU SECARA BERKESAN DAN PROFESIONAL, SASARKAN ANAK-ANAK MUDA
Parti baru itu nanti berpotensi menjadi wadah untuk mengenengahkan pemimpin-pemimpin muda. Sasarkan ramai muka baru sebagai calon dalam lingkungan usia 30'an. Dalam setahun ini lakukan program grooming yang intensif tentang sistem, aspek sosialnya, 'nature' kerja sebagai MP dan ADUN, tentukan niche masing-masing. Misalnya ada kelompok yang fokus pada ekonomi, ada yang pada pendidikan, family unit, trafik, industri desa, kesihatan, media dan yang seumpama dengannya. Beri mereka tugasan untuk menyelidik, bertemu ahli akademik, masyarakat di akar umbi, korek data melalui tesis-tesis Masters dan PhD di universiti dan lakarkan pelan yang hendak diusulkan.
Proses kaderisasi ini lakukan secara terbuka. Generate dana dan tawarkan kepada anak muda yang bakal menjadi calon ini penebusan hutang PTPTN jika ada.
Parti baru ini juga saya rasa berdepan kesukaran di kawasan luar bandar. Maka santuni agamawan yang atas pagar, yang masih bersama PAS tetapi tidak menganut pemikiran eksklusif berkenaan, minta pendapat mereka, namun parti baru ini jangan banyak berceramah atau terpesona dengan skill berceramah semata.
KedahLanie.
Dahulu PAS pertahan Khalid yang BEBAS, kini pertahankan Azmin pula yang PR
Pas terus sokong Azmin sebagai MB
SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor dan komited untuk terus menjalinkan kerjasama akrab dengan rakan parti komponen PR.
Pesuruhjaya Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin harus dipertahankan bagi memastikan segala agenda pembangunan dan kebajikan negeri dapat diteruskan.
"Hari ini Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan menyatakan harapan agar kerajaan PR Selangor terus dipertahankan kerana ia adalah kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.
"Sehubungan itu, ingin saya tegaskan di sini bahawa kami Exco-exco Pas Selangor dan Adun Pas Selangor menyokong penuh Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor," katanya dalam kenyataan di sini.

No comments:
Post a Comment