'Keputusan penangguhan pemilihan UMNO belum muktamad, boleh terbatal'
KUALA LUMPUR: Keputusan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO dilihat boleh terbatal melalui suara majoriti perwakilan.
Menurut sumber dalaman UMNO, ia boleh berlaku jika ada usul dibuat di peringkat bahagian, mendapat sokongan dan dibawa sehingga Perhimpunan Agung UMNO akhir tahun ini.
"Walaupun MT sudah buat keputusan, ia akan dipertimbang semula jika ada usul untuk meminda kata putus MT.
"Perhimpunan itu sendiri akan menukar keputusan MT. Kalau ada sokongan usul, diundi dan dibawa ke perhimpunan UMNO, keputusan awal boleh bertukar kerana keputusan perwakilan.
"Perhimpunan UMNO adalah 'kuasa' tertinggi di dalam Perlembagaan UMNO," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber berkenaan mengulas keputusan MT pada Jumaat yang menangguhkan pemilihan UMNO.
Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, keputusan itu dibuat bagi memastikan kemantapan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
“
Perhimpunan UMNO adalah 'kuasa' tertinggi di dalam Perlembagaan UMNO
”
Tambahnya, amalan itu juga dilakukan sama seperti yang dilakukan pada zaman bekas presiden parti sebelum ini.
"Pemilihan parti tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan. Setelah kita dibincangkan, MT mengambil keputusan itu mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada majlis tertinggi," kata Najib.
Menurut Fasal 9.1 Perlembagaan UMNO, MT yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal UMNO di bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung dan Majlis Tertinggi adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak Perhimpunan Agung ketika ketiadaannya, tetapi segala langkahnya itu hendaklah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung.
Sementara fasal 9.12 menerangkan, jawatan ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.
Sumber itu bagaimanapun mempersoalkan keberanian ahli UMNO di peringkat bahagian dalam mengutarakan usul berkenaan.
"Adakah bahagian berani buat usul?" soalnya.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 mencadangkan supaya UMNO tidak menangguhkan pemilihan parti selepas pilihan raya umum seperti yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya menjalankan pemilihan tersebut mengikut masa yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.
Muhyiddin juga mencadangkan Perlembagaan UMNO dipinda tahun ini untuk membolehkan barisan pelapis muda memainkan peranan dan memberikan khidmat lebih besar kepada parti.
Sebelum ini, veteran UMNO, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang diadakan pada hujung tahun ini bakal menjadi penentu tempoh Najib kekal menjadi presiden parti juga perdana menteri sehingga PRU ke-14 atau sebaliknya.
Kenyataan Rahim turut disokong veteran UMNO Tan Sri Sanusi Junid yang menyifatkan Najib bakal berdepan risiko besar kerana penangguhan pemilihan parti.
Tegas Sanusi, situasi semasa kini sudah membawa pelbagai kemungkinan termasuk perubahan tampuk kepimpinan nombor satu parti itu sendiri.

-astroawani
No comments:
Post a Comment