Pages

Monday, 15 June 2015

Nilai RM jatuh - Gaji Najib antara yang tertinggi di Asia ...Ade pro Ulama kisah?

Isnin, 15 Jun 2015

Nilai RM jatuh: Yang patut kita ketahui


SEJAK belakangan ini, mata wang Malaysia jatuh teruk berbanding dengan matawang asing yang lain. Pada 1 Januari, 1 USD bersamaan RM3.49, kemuncak kejatuhan pada bulan Jun kepada RM3.77 pada 8 Jun. Manakala Pound Sterling UK pula GDB1 bersamaan RM5.44 dan kemuncak kejatuhan kepada RM5.84 pada 10 Jun. Dolar Singapore pula, pada 1 Januari 2015, SGD1 bersamaan RM2.64 dan kemuncak jatuh kepada RM2.79 pada 14 Jun.

Graf matawang Malaysia sejak sebulan dua ini bagi saya agak membimbangkan justeru kita semua banyak bergantung kepada import. Pakaian kita banyak made in China. Kereta kita made in UK atau Japan. Makanan kita seperti lada, kelapa dan lain-lain daripada Indonesia.

Dagingan kita daripada Australia. Ayam sekalipun reban dan prosesnya di Malaysia, tetapi sebahagiannya diimport dari USA dan China. Makanan ayam yang direbankan di Malaysia pula seperti jagung diimport daripada Mexico?

Ikan? Walau laut di sekeliling kita, tetapi ikan kita tidak mengcukupi dan terpaksa import sebahagianya daripada Yaman dan Thailand. Kalau duit kita jatuh, maka pada masa itu semua barang kita guna dan pakai akan naik.

Kalau import kereta yang harga asalnya RM40,000, jika matawang kita jatuh RM0.10, maka harganya di Malaysia dah naik RM4,000. Itulah kesannya kepada perbelanjaan kita. Harga barang naik sebab duit kita jatuh, tambah lagi GST, akhirnya rakyat Malaysia tinggal gigi dan tulang sahaja.

Semua naik kecuali air hujan sahaja yagn turun di negara kita. Jangan sampai jadi begitu kerana kita masih ada ruang dan peluang yang banyak untuk berubah.


#BerapaBlnKumpulNakBeliCincin?

Gaji Najib antara yang tertinggi di Asia...patutlah bermewah sakan...!!!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menduduki tangga ke 11 dalam ranking gaji tertinggi pemimpin Asia pada hari ini, lapor sebuah portal antarabangsa.

Berdasarkan sebuah kajian yang dilakukan portal Listabuzz April lalu, Najib dikatakan memperoleh pendapatan secara sebanyak 75,775.2 USD (RM284,194.89) setahun.

Ini bermakna secara purata, perdana menteri keenam ini memperoleh pendapatan sebanyak RM 22, 826.65 setiap bulan.

Ranking tersebut menyaksikan Presiden Myanmar, Thein Sein menduduki tangga terakhir dari 17 pemimpin dengan memperoleh pendapatan sebanyak 5,000 USD (RM18,716) sebulan.

Sementara itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menduduki tangga pertama memperoleh pendapatan secara bulanan RM508,250 (RM6,099,005 setahun).

Perdana Menteri Singapura itu bukan sahaja merupakan pemimpin yang mendapat gaji tertinggi di Asia, malah tertinggi di dunia.


ingatkan... bas je yg melambak lambak bila najib datang... rupa rupa nya... helikopter pon ..sama gak....

No comments:

Post a Comment