Pakatan Rakyat 2.0 Dan Kuasa Ketiga
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Dominasi Umno/BN mesti ditamatkan kerana sangat banyak menyusahkan rakyat dan umat dalam negara kita. Untuk itu, pakatan pembangkang yang utuh perlu digerakkan untuk menumbangkan satu koalisi besar seperti BN.
2) Tidak ada satu parti pembangkang sahaja yang mampu tumbangkan BN, melainkan parti-parti pembangkang berkerjasama.
Keupayaan ini sudah pun diterjemah dalam beberapa gabungan sebelum ini. Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat terlah menunjukkan kejayaan yang memberansangkan sebagai landasan yang betul menumbangkan BN.
3) Namun semua gabungan pembangkang tidak bertahan lama, kerana kemelut dan perbezaan di dalamnya yang bagaikan tidak boleh dikendurkan lagi. Masing-masing keras dengan idea dan pendirian masing-masing, sehingga saat ini, Umno/BN yang hampir reput masih mampu bertahan dan mampu kembali bertarung.
4) Dominasi Umno/BN sebagai parti pemerintah nampaknya tidak akan berjaya ditumbangkan dalam PRU14 ini. Namun harapan rakyat masih ada mahukan pembangkang kembali bersatu untuk berdepan PRU14, lawan sehingga berhabisan.
5) Namun dalam kelemut-kelemut dahsyat yang melanda PR kebelakangan ini, sedikit sebanyak meresahkan rakyat, dan menghilangkan keyakinan rakyat akan keupayaan PR jika mengambil alih pemerintahan daripada BN. Apakah PR akan lebih baik daripada BN? Atau PR hanya akan mengulangi kesilapan BN sebagaimana rakyat mula nampak kepincangan pemerintahan PR dari masa ke masa?
6) Saya berpendapat, PR atau PR 2.0, jika berjaya menumbangkan BN, ia akan mengamankan Malaysia daripada penyelewengan dan salahguna kuasa hanya untuk satu atau dua penggal sahaja. Selepas itu, korupsi Umno/BN akan diulangi oleh PR atau PR 2.0 samada dalam bentuk yang sama, ataupun dalam bentu yang berbeza.
7) PR atau PR 2.0 tidak akan bertahan lama dengan slogan akauntability, cekap, tranparent dan sebagainya. Penyelewengan akan tetap berlaku, cuma mengambil masa. Jika Umno/BN mengambil masa 60 tahun untuk rosak akibat korupsi ini, PR atau PR 2.0 akan lebih cepat kerana perubahan persekitaran hari ini. Mungkin satu penggal, atau dua penggal sahaja nampak kemas dan teratur.
8 ) Setelah itu PR atau PR 2.0 mesti ditumbangkan. Pr atau PR 2.0 pasti akan berusaha mengekalkan kedudukan mereka. Umno/BN akan berusaha merampas kedudukan ini semula. Apa yang rakyat akan depani adalah memilih antara dua kemudaratan. Kedua-duanya kemudaratan besar pada masa itu. Masing-masing memperindahkan kempen mereka, walhal hakikatnya mereka khianat kepada rakyat.
9) Maka pada ketika itu, kuasa Ketiga yang bersih daripada korupsi kedua-dua blok BN dan PR itu akan menjadi pilihan rakyat. Waktu itu pihak Ketiga ini sangat perlu belajar daripada apa yang berlaku. Mesti amanah, bukan sahaja progresif. Pihak Ketiga ini akan memimpin kebangkitan sebenar rakyat untuk memacu negara menjadi negara terbaik, bersih daripada penyelwengan serta mendapat keampunan Tuhan.
10) Hari ini pihak Ketiga tidak boleh menang, dan jangan berusaha untuk menang. Mesti biarkan PR atau PR 2.0 menang terlebih dahulu. Jika pihak ketiga menang pada waktu ini, pihak Ketiga itulah yang akan mengulangi korupsi BN secara perlahan-lahan, dan PR yang datang selepasnya akan menjadi pembela sebenar.
11) Point utamanya adalah, kita akan menjadi makmur setelah pemerintah pertama dan pemerintah kedua selesai tugas mereka. Andai kata pemerintah ketiga itu BN semula, ia bukan lagi seperti BN sebelumnya, in sha Allah. Tetapi kita lebih mengharapkan Parti Islam, Parti Bijaksanaa, Parti Toleransi dan Parti Harmoni kan mengisi pihak Ketiga itu.
Sekian
KedahLanie
No comments:
Post a Comment