Pages

Sunday, 14 June 2015

Penjawat PAS Lantikan Politik di P/Pinang patut letak jawatan...Jagalah maruah DUP sheh, Muktamar dah putuskan!

Ahad, 14 Jun 2015

Demi maruah penjawat PAS Lantikan Politik di P/Pinang patut letak jawatan

DEMI MARUAH PENJAWAT PAS DI PULAU PINANG PATUT LETAK JAWATAN SEGERA


Anggota PAS yang memegang berbagai jawatan di Pulau Pinang harus meletakkan jawatan dengan segera sepertimana yang dilakukan oleh Tuan Haji Mat Sabu dan beberapa orang ahli PAS lain yang berpegang ada prinsip. Sepertimana pepatah Melayu yang mengatakan, ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’ adalah sama seperti keadaan penjawat-penjawat awam (dari PAS) yang dilantik oleh kerajaan negeri pimpinan DAP.

Rakyat Malaysia sudah jelas dengan pendirian samada PAS atau DAP. PAS sudah membuat kata putus melalui Muktamarnya yang lalu bahawa PAS akan ‘berpisah’ dengan DAP. Satu keputusan muktamad tanpa bahas. Dan kebiasaannya apa yang diputusakan oleh muktamar adalah muktamad dan tidak perlu lagi dirujuk kepada Majlis Syura untuk mendapatkan pengesahan. Hanya pada hal yang berkaitan dengan ‘perpisahan’ ini barulah mahu merujukkan keputusan berkenaan kepada Majlis Syura, yang pada anggapan pengamal undang-undang PAS amat tidak kena.

Lagi pun sekiranya dirujukkan kepada Majlis Syura keputusannya harus sama ia itu PAS tidak akan bekerjasama lagi dengan DAP. Bermakna ‘Talak Tiga’ sepertimana yang sentiasa dilaung-laungkan. Bagaimana Majlis Syura akan mengubah keputusan yang dibuat sedangkan kebanyakan ahli Majlis Syura adalah juga ahli Majlis Ulama yang membuat keputusan sebulat suara untuk memutuskan hubungan dengan PAS. Tentulah tidak mungkin ahli berkenaan mengubah pendirian mereka. Sekiranya berlaku juga sedemikian maka masyarakat akan melihat pendirian ahli Majlis Ulama sebagai tidak berperinsip dan tidak ‘bertulang belakang’.
KedahLanie

No comments:

Post a Comment