Pages

Friday, 19 June 2015

Perampas MT Orkim Harmony ditahan di Perairan Vietnam...Kru & anak kapal selamat!

Jumaat, 19 Jun 2015

Akhirnya Perampas Kapal Tangki MT Orkim Harmony Ditahan di Perairan Vietnam


Akhirnya Perampas Kapal Tangki MT Orkim Harmony Ditahan. Lapan suspek yang dipercayai terbabit merampas kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya ditahan pihak berkuasa Vietnam. Ia dibuat selepas mereka menceroboh perairan negara itu.

Menurut laporan yang dipetik daripada Bernama, penangkapan itu telah disahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sebelum ini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggunakan aset laut dan udaranya dalam usaha untuk menjejak perampas Kapal Tangki MT Orkim Harmony.

Pengesahan itu dimuat naik Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar di laman Twitternya, pada Jumaat.

Dalam status yang dikemas kini, dia berkata, tiga kapal dan dua helikopter dihantar untuk menyertai operasi memburu suspek.

Kru MT Orkim Harmony selamat, perampas lari

KUALA LUMPUR - Kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi ini, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).


Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Datuk Ahmad Puzi berkata, pembebasan kru kapal itu adalah menerusi rundingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan perampas kapal berkenaan.

Beliau berkata, kapal MT Orkim Harmony akan dibawa ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba seawal 6 petang ini.

"Bagaimanapun, seorang daripada anak kapal berkenaan mengalami cedera ringan dan akan dihantar ke hospital berdekatan sama ada di Kuantan atau Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi berkata perampas bagaimanapun berjaya melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal berkenaan kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang. 

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

Sementara itu, menerusi Twitter, Abdul Aziz berkata, mangsa yang cedera adalah tukang masak warga Indonesia yang terkena tembakan pada bahagian peha. - SH

No comments:

Post a Comment