Pages

Tuesday, 9 June 2015

Pimpinan 'baharu' PAS bertanggungjawab putuskan hubungan dengan DAP..."Saya tak salahkan ahli Pas biasa", kata LGE

Rabu, 10 Jun 2015

Pimpinan baharu PAS bertanggungjawab selesaikan kemelut PAS-DAP, kata Guan Eng

 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata sehingga kini kepimpinan baharu PAS mengambil sikap berdiam diri, malah menjadikan keadaan terumbang-ambing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Jun, 2015.
Kepimpinan baharu PAS bertanggungjawab menyelesaikan kemelut PAS-DAP serta mengambil tindakan sewajarnya susulan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata sehingga kini kepimpinan baharu PAS mengambil sikap berdiam diri, malah menjadikan keadaan terumbang-ambing.

Menyifatkan PAS cuba 'berbelit-belit' berhubung kemelut itu, Lim berkata PAS seharusnya berani mengambil tindakan bagi memastikan maruah parti dan kepimpinan baharu PAS terpelihara.

"Saya rasa kesal bahawa ada pemimpin baharu PAS masih nak menyalahkan DAP untuk keadaan ini. Yang putuskan hubungan dengan parti DAP bukanlah DAP, PAS sendiri yang buat usul untuk putuskan hubungan kemudian diluluskan dalam muktamar.

"Saya tidak salahkan anggota biasa PAS, hanya kepimpinan baharu PAS harus bertanggungjawab kerana mereka membuat keputusan sedemikian. Maka mereka harus mengambil tindakan susulan. Janganlah cakap bahawa kita boleh buat 'u-turn', nak bincang balik... itu tidak masuk akal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran NEPCON Malaysia 2015 di Arena SPICE di George Town hari ini.
KedahLanie

Mokhtar Senik - Pembawa usul dari Dewan Ulama PAS

No comments:

Post a Comment