Siapa keluar jemaah Islam (PAS) jatuh kafir?
Nampaknya PAS semakin menggelabah tak karuan bila ada ura-ura akan tertubuhnya satu parti baru.
Amat malang apabila mereka yang akan menubuhkan parti baru ini dituduh sebagai pengkhianat dan menentang hudud. Malah ada yang sanggup menuduh jatuh kafir??
Tindakan ini adalah kerana takut ahli PAS berbondong-bondong keluar parti.Mereka menganggap parti baru ini sebagai ancaman kepada PAS. Ada yang begitu optimis mengatakan parti baru itu nanti tidak akan bertahan lama dan akan menerima nasib saperti pecahan PAS yang terdahulu iaitu Hamim dan Berjasa.
Apakah mereka anggap parti baru ini serupa dengan Hamim dan Berjasa yang pro-Umno/BN?
Ternyata bahawa parti yang baru ini kelak adalah terdiri dari mereka yang kuat menentang Umno.Mereka adalah tokoh-tokoh yang tegas menentang sikap PAS yang mahu bermesra dengan Umno. Mereka adalah proPakatan Rakyat dan mereka inilah yang sering membangkitkan isu-isu rakyat di negara ini.
Dulu bukan main beriya-iya suruh segala macam parasit, jebon, Munafiq Haraki, Sekular, Islam Liberal keluar PAS.....Hj Hadi sendiri buat kenyataan, Muktamar nanti adalah medan menyingkirkan ahli sekular..... Bila dah berjaya singkirkan mereka, ingatkan mereka sudah gembira ....rupa-rupanya masih lagi berdendam dan marah hingga mentakfirkan orang.
Gejala 'takfiri' ini amat merbahaya kerana ianya juga membawa maksud darah mereka yang di tuduh jatuh kafir itu adalah halal! Ini bukan perkara main-main. Kalau benar ada kenyataan yang sedemikian, ianya perlu disiasat dan diambil tindakan. Ketika krisis MB Selangor yang lalu, kerajaan Khalid Ibrahim mampu bertahan kerana adanya sokongan dari 15 PAS + 12 Umno +1 bebas yang menjadikan kedudukan mereka 28 kerusi.
Di ketika ini Hj Hadi yang sangat kuat memihak kepada Khalid Ibrahim walaupun dia sudah dipecat dari PKR. Ketika ini, exco DAP dan PKR Khalid sudah ditendang keluar oleh Khalid.Ketika juga, tanpa disedari, Hj Hadi telah berjaya mewujudkan Unity Government dengan Umno di Selangor.
Tetapi apabila Hasnul dan Shaari Sungip mengalihkan sokongannya kepada WAWI, sekali gus telah mengubah kedudukan Unity Government tajaan Hj Hadi itu berkurangan menjadi 26, berbanding dengan WAWI iaitu 15 DAP + 13 PKR + 2 bebas menjadikan kedudukan mereka kini menjadi 30! Itu sebabnya Hj Hadi terlalu marah kepada 2 Adun PAS yang merubah senario tersebut yang sekali gus menggagalkan Hj Hadi membentuk kerajaan dengan Umno di Selangor!
Jadi situasi sekarang tidak jauh bezanya dengan krisis MB Selangor dulu itu.Azmin jangan teragak-agak untuk tendang 3 exco PAS yang ada sekarang ini sebagaimana yang pernah Khalid Ibrahim lakukan kepada exco DAP dahulu.
Kalau tiga exco PAS ditendang keluar, dengan kedudukan 15 DAP + 13 PKR + 2 bebas =30 kerusi, Azmin masih boleh kekal sebagai MB dan Selangor tidak perlu membubarkan DUN bagi memberi laluan untuk pilihanraya baru.
Harap 2 Adun bebas itu dilantik sebagai exco menggantikan kekosongan tempat PAS. Kalau ada yang nak lompat, mungkin dari kawasan Meru....cukup-cukup menggantikan 3 kekosongan exco PAS!
Itu sebabnya, PAS cuba menakut-nakutkan mereka dengan ancaman 'kafir' jika keluar PAS....Hahaha Akhbar Sinar Harian memetik penganalisis politik Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat meramalkan berlakunya lompat parti di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya PKR dapat mengekalkan kuasa mentadbir negeri.~ Baca seterusnya di sini
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 1:53 p.m
No comments:
Post a Comment