
Bukan nak sokong DAP..tapi ada la parti siku dan lutut tuuuu..
Masa Kelantan banjir, dia sebuk bab hudud..hudud.. dengan hudud tu dah bina 100 ribu buah rumah dah... see...
P/s : org pas ni bila tegur.. kjp lagi ada la latah kata kafir bla bla bla.. tak caya baca la kat komen... bagi mereka pemimpin depa tu maasum...
Gua Eng - PAS nie putus atau tidak dengan DAP?
DAP membangkitkan persoalan sama ada PAS akan mengubah keputusan memutuskan hubungan dengan parti itu.
“Adakah ini yang PAS mahu?
"Adakah mereka akan buat pusingan u selepas itu?” soal Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP.
“Saya rasa mereka acah-acah saja sekarang,” katanya menjawab soalan pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor Muhammad Najhan Halim mencabar Pulau Pinang memecat kesemua anggota parti Islam itu yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri itu.
DAP sebelum ini menggesa kumpulan itu berundur bagi diisi orang Melayu yang lain setelah muktamar PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.
“Sekarang kami pun tidak pasti sama ada PAS akan kekalkan keputusan itu atau tidak,” kata ketua menteri.

No comments:
Post a Comment