Kira-kira 50 orang pemuda samseng datang mengganggu majlis Kit Siang di Masai Johor
Mangkuk, cawan melayang di majlis Kit Siang
Satu majlis perjumpaan bersama DAP di sebuah kedai kopi di Masai, Johor bertukar kecoh apabila diserang sekumpulan orang yang mahu menghalang Lim Kit Siang berucap.Sejurus selepas acara bermula kira-kira jam 2 petang, kira-kira 50 orang menyerbu masuk ke premis berkenaan dan mula membaling beberapa objek, termasuk cawan, mangkuk plastik dan penyapu ke arah Lim.
Saksi berkata, Lim tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi nasib tidak begitu baik untuk beberapa individu yang melindungi Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Katanya, kumpulan yang menyerbu kedai itu juga menjerit pelbagai kata-kata, seperti "Balik Kit Siang", "babi", "komunis" dan "mampus".
Ada beberapa anggota polis di tempat kejadian tetapi didakwa mereka gagal mengawal keadaan.
Kekecohan itu hanya berakhir kira-kira 30 minit kemudian selepas penganjur majlis mengiringi Lim meninggalkan lokasi berkenaan.
Pada asalnya, majlis itu adalah sesi dialog DAP dengan komuniti Sabah dan Sarawak di Johor.
Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang turut hadir di situ berkata, dia mengenali sebahagian daripada orang yang menimbulkan kekecohan itu adalah pemimpin Umno Pasir Gudang. MKini
No comments:
Post a Comment