Pages

Tuesday, 7 July 2015

Alamak Jho Low! – GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA...Najib tidak kenal Jho Low?

Selasa, 7 Julai 2015

1MDB: Najib tidak pernah jumpa dan tidak kenal Jho Low

1MDB: Najib tidak pernah jumpa dan tidak kenal Jho Low
Oh No Jho Low! - SCOOP PHOTO TELLS ALL

Gambar di atas bukan gambar Najib dan Rosmah bersama Jho Low, itu gambar haramjadah dan betina puaka?

Posted by Kerajaan Rakyat 

Alamak Jho Low! – GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA

7 JUL 2015

THIS POST IS ALSO AVAILABLE IN: ENGLISH
Dihantar oleh pembantu di Jabatan Perdana Menteri Wan Shihab kepada Tarek Obaid
Dihantar oleh pembantu di Jabatan Perdana Menteri Wan Shihab kepada Tarek Obaid
Gambar foto ini menceritakan segala-galanya berkenaan urusniaga 1MDB dengan PetroSaudi.

Kelihatan riang genmbira sambil senyum dan ketawa ke arah kamera sambil mereka menikmati percutian berlayar di Selatan Peranchis menaiki kapal layar paling mewah, Tatoosh, (yang disewa dengan bayaran $500,000 seminggu) adalah watak-watak utama di sebalik usahasama itu.

Dari kiri adalah Putera Turki, pemilik PetroSaudi; Jho Low, pengasas usahasama; Perdana Menteri Najib Razak, orang yang bertanggungjawab penuh pada 1MDB; isterinya yang berkuasa Rosmah mansor; anak lelaki mereka, Nor Ashman; Tarek Obaid, Pengarah PetroSaudi dan anak perempuan emas Rosmah, Nooryana Najwa.

Gambar foto itu telah dihantar sebagai gambar kenang-kenangan pertemuan manis oleh Wan Shihab, pegawai khas kepada Najib, kepada Tarek Obaid dan Jho Low (menurut data pada foto itu) ianya diambil dalam bulan Ogos 2009 dalam suatu rancangan untuk menubuhkan usahasama itu.
Wahh! Di atas dek kapal layar paling mewah didunia!
Wahh! Di atas dek kapal layar paling mewah didunia!

Ianya merupakan salah satu gambar-gambar foto yang diedar-edarkan kepada Jh low, Putera Turki dan Tarek Obaid dalam bulan Januari tahun berikutnya, terima kasih pada pembantu khas PM setelah beberapa permohonan dibuat menerusi emel-emel.
Hanya dalam tiga minggu selepas perlayaran atas kapal mewah itu maka Tarek Obaid, Pengarah bersama dalam PetroSaudi, peniaga British Patriock mahony berkunjung ke New York untuk bertemu Jho Low bagi melaksanakan rancangan itu pada kadar yang segera.

Pada 29hb September 2009, sejumlah satu billion dollar yang dipinjam dari wang awam telah dipindahkan dari 1MDB yang seharusnya digunakan untuk membiayai carigali minyak yang akan dikendalikan anak syarikat usahasama itu, 1MDB PetroSaudi.

Acara ringkas membuka buah tangan
Acara ringkas membuka buah tangan

Namun, terma-terma dalam perjanjian usahasama itu telah membenarkan USD$700 juta dari wang pelaburan itu disedut keluar sebagai kononnya untuk menjelaskan wang pinjaman pada syarikat induk PetroSaudi International (Cayman).
Jumlah wang yang besar itu tekah sebenarnya telah dimasukkan ke akaun Zurich milik Good Star Limited, yang juga turut berdaftar di Cayman, yang dikendalikan oleh Jho Low.

Di sepanjang urusniaga usahasama ini, banyak emel dan bukti-bukti berdokumen telah berjaya diperolehi oleh para penyiasat antarabangsa, Jho Low yang bertindak selaku orang pengantara bagi Perdana Menteri Najib Razak dan PetroSaudi.

Perdana Menteri Malaysia menjangkakan bahawa Taoosh adalah milik Putera Turki, sedangkan ianya sebuah kapal layar yang disewa hanya untuk menarik perhatian
Perdana Menteri Malaysia menjangkakan bahawa Taoosh adalah milik Putera Turki, sedangkan ianya sebuah kapal layar yang disewa hanya untuk menarik perhatian

Sarawak Report mendapati dari sumber-sumber dalamaan bahawa ironi pelawaan berlayar untuk mengasaskan usahasama bagi 1MDB adalah bahawa Perdana Menteri dan isterinya telah diperangkap oleh Jho Low mengenai orang Arab yang memiliki PetroSaudi.

Pasangan pertama dari Malaysia ini telah ditipu untuk mempercayai bahawa kapal layar mewah Tatoosh itu, yang telah disewa khas untuk menarik perhatian Najib dan Rosmah, adalah milik Putera Turki, pemilik syarikat PetroSaudi.
Sebenarnya PetroSaudi hanya memiliki sedikit wang pelaburan dan Putera Turki, selaku anak ke-7 pada bekas Raja bukanlah multi jutawa secara berhak.

Bolehkah tuan hantarkan beberapa keeping gambar foto untuk tatapan kami di sini?
Bolehkah tuan hantarkan beberapa keeping gambar foto untuk tatapan kami di sini?

Jho Low dan rakan-rakan niaganya ingin membuat Perdana Menteri itu memikirkan bahawa dia akan melabur dalam sebuah syarikat gergasi dimiliki oleh pemain peranan utama di Arab Saudi, yang dikaitkan dengan keluarga Di-raja, supaya usahasama itu dapat diperkenalkan sebagai dibiayai oleh negara Arab Saudi.

Tipu helah itu sungguh memalukan. Namun ianya berjaya dan tidak lama kemudian dana pembangunan Malaysia, yang dikendalikan sepenuhnya oleh Najib, telah melabur beratus-ratus juta dollar dalam penerokaan baru di Venezuela.

Berlayar ke Selatan Perancis
Berlayar ke Selatan Perancis

Kapal layar termewah di dunia dengan gelarannya Tatoosh
Kapal layar termewah di dunia dengan gelarannya Tatoosh

Sarawak Report

1 comment:

  1. 1MDB has been made aware of an article, dated 10 October 2015, that has been published in the Sarawak Report, an online blog currently banned in Malaysia. This article has published selectively extracted materials.
    Tarek Obaid 1MDB

    ReplyDelete