Pages

Tuesday 14 July 2015

Apasal PAS S'ngor sampai NAK TERAJANG DAP neh? Kamu nampak 'siapa' yang ikut dalam Harapan Baru ini?

Rabu, 15 Julai 2015

BERAPA KERUSI PAS DI SELANGOR SAMPAI NAK TERAJANG DAP?

Soalan mudah.

Jawabnya: 

PAS: 15
PKR: 13
DAP: 15

Jangan kira orang yang tiada parti.

Siapa pula yang nak terajang DAP dari Kerajaan Selangar?

USTAZ MINTA JAWATAN KAH? (TMI)

Oi YB! PAS ada 15 kerusi itu sebelum krisis MB Selangor. Bolehle kamu nak gang dengan PKR (13) dan Khalid Ibrahim (1) untuk terajang DAP. Majoriti mudah 15+13+1 = 29. Juga sebelum mamat ini keluar kenyataan berikut:

PECAT, JANGAN TAK PECAT (TMI)

Sekarang kad bukan di tangan kamu lagi. Kamu nampak siapa yang ikut dalam Harapan Baru ini?:

MAMAT YANG TERSENGIH NI KAMU DAH PECAT

Berdasarkan kenyataan Setiausaha PAS Selangor itu, kamu sudah kehilangan YB Saari Sungip dan YB Hasnul Burhanuddin yang bersekongkol dengan G18 membentuk Gerakan Harapan Baru.

Apa lagi yang kamu nak harap daripada "pengkhianat" tak gitu?

SIMPAN BUAT APA, KAN? (TMI)

Realitinya PAS hanya ada 13 kerusi DUN sahaja. 

Adakah semua ADU daripada selebihinya 13 kerusi ini diyakini walak kepada Iskandar Abdul Samad? Belum tentu lagi.

Sekarang PAS nak buat apa? U-turn lagi?

Inilah akibatnya apabila guna hadis sebab takut dicabar dalam pemilihan:


 عَنْ عَبْدُ الْرَحْمَنِ بْنِ سَمُرَةِ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: يَا عَبْدَالْرَحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ ! لاَ تَسْأَلِ الْإِمَارَةَ , فَإِنَّكَ إِنْ أُوْتِيْتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلَتْ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوْتِيْتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ إِلَيْهَا 

Terjemahan Hadis Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Wahai Abdul Rahman bin Samurah Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat –bulat kepadamu. Sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Yong tak nak cakap banyak pasal hadis ini. Cuma Yong nak ingatkan, Jawatan itu adalah amanah, bukannya kemegahan untuk beli motor besar atau kereta besar. Kalau layak, peganglah jawatan itu. Kalau setakat pandai cakap jer, bolehlah serah jawatan itu kepada orang jual ubat kat pasar minggu. Mungkin demer boleh buat kerja sebab demer ada "marketing strategy" dan tahu bagaimana hendak mengambil hati pelanggan.

Tak faham sudah.

No comments:

Post a Comment