#HarapanBaru - Mat Sabu Ulas berkenaan GHB berwalikan DAP
Tuan Hj Mohamad Sabu, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, bukanlah nama yang begitu besar dalam arena politik tanahair, tetapi dia punya keistimewaan sendiri di kalangan peminat politik. Beliau seorang tokoh yang sederhana, hidupnya sederhana, sikapnya sederhana, dan profil politiknya juga sederhana. Beliau aktif bersama ABIM sebelum menyertai PAS. Dia menyertai PAS setelah PAS kalah di Kelantan tahun 1978. Waktu itu, PAS berada dalam keadaan yang sangat lemah. Waktu PAS dalam keadaan yang lemah itulah, Mat Sabu menyertai PAS. Dia bukan menyertai PAS ketika PAS kuat. Dia menyertai PAS setelah PAS baru saja hilang kuasa kerajaan negeri di Kelantan. Dia punya visi untuk menguatkan PAS dan mengembalikan PAS ke arus perdana politik tanahair.
Penyertaan beliau di dalam PAS dibuat bukan kepalang. Merengkok dalam ISA dan dibuang daerah. Ditangkap puluhan kali. Didakwa atas pelbagai tuduhan. Mengalami kecederaan semasa demonstrasi.
Itulah sikap Mat Sabu. Ketika beliau dalam ABIM, beliau berikan 100% komitmen pada ABIM. Ketika beliau bersama PAS, dia berikan seluruh hidupnya dan kesetiaannya kepada perjuangan PAS. Dia bukan jenis manusia mencari kepentingan. Bukan jenis manusia kepalang tanggung. Dia Mat Sabu. Dia tidak pandai berpura-pura. Ibarat kata Datuk Zaid Ibrahim, "In Mat Sabu, what you see is what you get. There is nothing artificial about him". Dalam kata lain, dia punya sosok peribadi yang transparen.
Samada beliau berjaya atau tidak dalam perjuangannya, ia akan hanya diketahui bila tiba masanya. Tetapi, dia telah membuktikan dirinya adalah pejuang yang teguh dengan prinsip dan sanggup berhadapan dengan apa jua cabaran untuk mengangkat apa yang diyakininya.
Dia tidak takut menempuh jalan sukar.
Dia Mat Sabu. Semoga Allah merahmatinya.
Samada beliau berjaya atau tidak dalam perjuangannya, ia akan hanya diketahui bila tiba masanya. Tetapi, dia telah membuktikan dirinya adalah pejuang yang teguh dengan prinsip dan sanggup berhadapan dengan apa jua cabaran untuk mengangkat apa yang diyakininya.
Dia tidak takut menempuh jalan sukar.
Dia Mat Sabu. Semoga Allah merahmatinya.
No comments:
Post a Comment