GHB Sarawak bersikap lunak dengan PAS
Oleh Andri Zulkarnaen Hamden
GHB Sarawak akan melantik Jawatankuasa dalam masa terdekat. Setakat ini kami telah mengenalpastikan figura-figura yang berpotensi dan berpengalaman bagi menerajui GHB Sarawak.
Kami yakin GHB akan diterima oleh rakyat Sarawak berdasarkan kepada maklum balas yang kami terima setakat ini. Rakyat Sarawak akan menerima kehadiran GHB kerana kami mengamalkan prinsip terbuka, inklusif, progressif dan tidak jumud dan tertutup kepada semangat perkauman, melampau dan sempit.
Seperti yang diumumkan oleh GHB pusat bahawa setakat ini GHB bergerak atas kapasiti sebuah NGO dan bukannya sebuah parti politik sehinggalah sebuah parti politik yang sah ditubuhkan. Ianya dijangka akan ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 2015.
GHB Sarawak akan menumpukan gerakerja memperkemaskan jawatankuasa, mendaftarkan ahli di kalangan rakyat Sarawak tidak kira ianya berparti atau belum berparti. Kami mengamalkan sikap terbuka di mana sesiapa sahaja boleh menganggotai GHB tanpa mengira kaum dan agama.
GHB Sarawak seperti juga GHB Pusat tetap bersikap lunak dengan PAS kerana musuh sebenar kami bukannya PAS tetapi BN yang terus meneruskan mengamalkan pemerintahan yang korup dan menindas rakyat. Kami sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam usaha menubuhkan kerajaan baru di Sarawak dan Malaysia.
Kami yakin DAP dan PKR Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan kami sebagaimana pendirian DAP dan PKR di peringkat pusat yang secara terbuka telah menyatakan sokongan padu kepada penubuhan GHB dan parti politik baru nanti. Kami sedia bertemu dan berbincang dengan DAP dan PKR Sarawak pada bila-bila masa.
GHB Sarawak juga bersedia untuk meletakkan calon pada Pilihanraya Negeri Sarawak akan datang ini. Samada kami bertanding atas tiket parti baru, parti lain atau bebas ianya belum diputuskan lagi.
GHB Sarawak bersedia untuk mendengar pandangan dan kritikan dari sesiapa sahaja bagi memantapkan GHB Sarawak bagi melengkapkan diri kami untuk berkhidmat kepada rakyat Sarawak dan Malaysia amnya.
Sekian
Andri Zulkarnaen Hamden @hud abusiraj
Jurucakap GHB Sarawak

No comments:
Post a Comment