Pages

Wednesday 8 July 2015

[Video] Hadi mahukan 2 saksi untuk kes 1MDB? PDRM pun pergi serbu Pejabat 1MDB...

Rabu, 8 Julai 2015

Ha!! Ha!! Ha!!.. Pencuri & Perompak.. Siapa lagi hebat

HAKIKATNYA..dua2 penyangak...biarlah mereka saling dedahkan hasil rompakan duit rakyat...

Pihak PDRM Serbu Pejabat 1MDB Di Jalan Sultan Ismail Pagi Tadi


KUALA LUMPUR: Pejabat  1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Jalan Sultan Ismail di sini hari ini telah diserbu oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Memetik laporan The Star, wartawan tidak dibenarkan memasuki pejabat berkenaan yang terletak di menara IMC selepas penyambut tetamu diarahkan oleh pihak polis dan 1MDB untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja memasuki pejabat yang terletak di tingkat 8.

"Malah penghantaran makanan pun tidak dibenarkan masuk kerana mereka tidak mahu diganggu," kata penyambut tetamu.

Sebarang bentuk rakaman tidak dibenarkan di Menara IMC hari ini.

Satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, Peguam Negara Tan Sri Abdul Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah dibentuk untuk menyiasat sknadal 1MDB itu.

Mereka dikatakan telah membekukan enam akaun bank dan sedang menyiasat 17 orang yang dikatakan terlibat dalam pemindahan dana 1MDB.

Meraka merampas akaun dan melakukan serbuan ke atas syarikat 1MDB berkaitan - SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang didakwa digunakan untuk menyalurkan dana ke dalam apa tuntutan WSJ adalah akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pagi Rabu bahawa pihak polis sedang menyiasat bagaimana Wall Street Journal memperoleh capaian kepada dokumen bank yang dimuat naik di laman webnya semalam.

Sebelum ini WSJ telah mendakwa dana 1MDB berjumlah AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah disalurkan ke akaun peribadi Najib.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Najib dan 1MDB. - Siakapkeli.my




Presiden PAS Mahukan 2 Saksi Untuk Kes 1MDB?

Ajaran mana yang Presiden PAS ikut ni agaknya?

Dlm video di bawah, terang-terang Haji Hadi mahukan wujudnya dua saksi untuk pembuktian kebersalahan Najib dalam kes 1MDB.

Kes korupsi dlm Islam terletak di bawah kategori "takzeer".

Sesiapa yang mengaji takzeer akan berkata pembuktian tidak tertakluk dengan wujud saksi semata-mata.

Terdapat berbagai2 sumber untuk pembuktikan di bawah takzeer.

Misal yang paling jelas adalah mengikut undang2 syariah Pakistan dalam kes rogol.

Mahkamah Syariah Pakistan tidak mensyaratkan wujud saksi untuk pembuktian. Cukup dengan bukti mangsa rogol melawaan, air mani serta perogol dibuktikan tidak mati pucuk.

Dalam kes rogol pun tak perlu saksi inikan pula kes makan rasuah atau CBT.

Agaknya Haji Hadi ni tak habis mengaji kot?



TULANG BESI

No comments:

Post a Comment