Pages

Thursday 9 July 2015

[Video] Haron, Hadi & Nik Amar pertahan Najib, pimpinan UMNO majoriti membisu...Betullah Najib ada akaun bank di AmBank Islamic?

Khamis, 9 Julai 2015

Pimpinan2 PAS Pertahan Najib, Pimpinan2 UMNO Majoriti Membisu

Kalau tidak takkanlah Dato Najib sampai berterima kasih pada Mursyidul Am PAS kerana mempertahankan beliau dalam skandal 1MDB yang terbaru.

Haji Hadi Awang pula mahukan 2 orang saksi di bawa ke hadapan barulah boleh dikatakan Najib bersalah.

Nik Amar pula meminta bukti dikemukakan bagi mereka yang menuduh.

MB Kelantan pun sama minta bukti dikemukakan.

Pada waktu yang sama, majoriti pimpinan2 UMNO hanya diam membisu.

Tak dengar pun pimpinan2 UMNO hatta Menteri2 Kabinet keluar mempertahankan Najib kecuali beberapa orang sahaja.

Nampaknya, Najib terpaksa bergantung pada PAS untuk terus memerintah.


TULANG BESI

Oh!.. Jadi betullah Najib ada akaun bank di AmBank Islamic tu?















Pasukan petugas khas berkaitan isu 1MDB menjelaskan bahawa enam akaun bank yang dibekukan mereka tidak termasuk milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Berkaitan arahan pembekuan pada 6 Julai 2015 terhadap enam akaun bank, tiada akaun-akaun bank di AmBank Islamic dipegang oleh perdana menteri pada tarikh dibekukan itu kerana akaun-akaun bank itu sudah ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015,” kata pasukan itu.

Pasukan petugas juga mengumumkan memperoleh dokumen bank berkaitan akaun-akaun itu. Pasukan itu juga menyebut bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan bahawa semua dokumen siasatan diterimanya disediakan oleh pasukan khas.

“Justeru, tiada isu peguam negara menggunakan dokumen yang disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) atau pihak lain,” kata pasukan itu lagi.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Gani bersama Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Gani semalam sudah menjelaskan bahawa perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai Najib, tanpa menghuraikan lanjut.

WSJ melaporkan dakwaan terdapat pengaliran dana daripada syarikat berkaitan 1MDB ke akaun Najib bernilai AS$700 juta (RM2.6 bilion).  

Najib menafikan dan memulakan tindakan undang-undang terhadap media antarabangsa berpengaruh itu lapor Malaysiakini


Hmm.. jadi betullah Najib ada akaun bank di AmBank Islamic tu.. patutlah dia tak nafikan langsung..

KedahLanie.

No comments:

Post a Comment