Muhyiddin Dedah Segala Persoalan Pada Rabu, Mukhriz Tiba Di Kediamannya
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjawab segala persoalan dan pertanyaan susulan penggugurannya sebagai timbalan perdana menteri menerusi satu sidang media pada pagi Rabu.
Beliau berkata, sidang media itu akan diadakan di kediamannya di Bukit Damansara pada pukul 11 pagi Rabu.
"Saya telah pun mengeluarkan kenyataan saya pada hari ini dan media pun telah melaporkan tentang apa yang berlaku dan bagaimana kenyataan yang saya keluarkan petang tadi dan saya tidak akan memberi kenyataan baru.
"Saya akan maklumkan esok jam 11 pagi. Saya jemput semua media untuk datang sini. Dan di situ nanti saya akan perjelaskan apa-apa pertanyaan dan persoalan yang hendak dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa," katanya kepada pemberita secara ringkas di luar kediamannya di Bukit Damansara di sini, malam Selasa.
Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan jawatan itu digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, sebaik sahaja sidang media itu tamat, kelihatan ketibaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di situ untuk menemui Muhyiddin.

No comments:
Post a Comment