Pages

Saturday, 25 July 2015

NAFAS TERAKHIR UMNO - Mampukah Najib menghimpun penyokongnya berarak ke Masjid Negara

Ahad, 26 Julai 2015

Mampukah Najib menghimpun penyokongnya berarak ke Mesjid Negara seperti yang dilakukan Anwar Ibrahim?


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/07/najibwsj1.jpg

Najib menuduh Wall Street Journal mempunyai niat jahat dengan didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara bagi tujuan memaksa beliau melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden Umno.

Susulan dari kenyataan itu Tokoh Wartawan Negara menyangkal tuduhan itu. Zam Maidin di dalam blognya NAFAS TERAKHIR UMNO Menyatakan:

"Saya  tidak dapat membaca ajenda tersembunyi media asing yang paling berpengaruh WSJ  menyokong usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang dijuarai oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir yang dulunya dianggap Barat sebagai " The enemy of the state." Saya berkongsi dengan kebimbangan seorang kawan dalam hal ini. Dengan pendedahan berasas yang terus menerus dilakukan oleh WSJ maka rakyat semakin dapat melihat kebenaran Tun dalam alasan tindakannya untuk menyelamatkan UMNO dan Negara".

Zam Maidin bukan calang-calang wartawan di dalam peperangan psywar propaganda. Beliau mendapat latihan di Berlin Institute of Journalism, Berlin Barat. Ketajaman hidung Zam menghidu bau busuk agenda tersirat dan tersurat sesebuah media ibarat "nose of the hunting dogs".

Zam juga bukan seorang tokoh yang senang menerima bulat-bulat kenyataan media barat tetapi kenyataan WSJ ini ternyata hidung Zam tumpul untuk menghidu jika ada agenda tersembunyi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak.

Zam yang rapat dengan bapa Najib, Tun Razak masa kan sampai hati merentap turun takhta Najib jika Najib tidak melakukan penderhakaan yang parah terhadap orang Melayu, UMNO dan Islam.

Najib sebenarnya mengaplikasikan taktik yang sama seperti Anwar Ibrahim dengan cuba mengalih fakta untuk menyalahi orang lain kerana pongong sudah terpalit najis. Samalah seperti Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis menuduh konspirasi demi konspirasi demi konspirasi.

Bagaimana akhir politik Najib? Mampukah Najib menghimpun penyokongnya berarak ke Mesjid Negara seperti yang dilakukan Anwar Ibrahim? Sama-samalah kita tunggu episod seterusnya.

SELAMAT TINGGAL NAJIB.

Wallahuaklam. 
Mummy Rokiah
KELAB SS

1 comment:

  1. Najib buat apa dim kpal terbang tu ...Gii Hawai agaknya ( Ponting kerja)

    ReplyDelete