Pages

Sunday, 5 July 2015

PAS 'Konservatif' nak perangi Umno? Nak perang cara apa lagi...Dah kena main dengan UMNO

Ahad, 5 Julai 2015

Hudud: PAS nak perangi Umno?

(Sumber asal: Ekeleh.com)

Hudud: PAS nak perangi Umno?
Dah kena main dengan UMNO pada sesi Dewan Rakyat Mac, Mei – Jun dan mungkin Oktober depan, Pas bertekad nak berperang habis-habisan dengan UMNO.

La ni Pas Kelantan masih beri ‘peluang’ kepada UMNO untuk tunaikan janjinya bagi membenarkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, jika ia tidak berlaku, kekecewaan tersebut bukan sahaja dirasai penyokong Pas, namun ia memberi kesan kepada semua pihak yang menyokong pelaksanaan hukum Islam itu.

“Kita tunggulah bulan Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya, kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisanlah,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau diminta mengulas RUU Persendirian tersebut tidak akan dapat dibahaskan selagi agenda dan urusan kerajaan tidak selesai, sebagaimana yang dinyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurutnya, Pas Kelantan menghormati dan bersikap adil dalam melihat perkara tersebut melalui banyak skop memandangkan dalam suasana kini, banyak perkara lain yang mungkin perlu mendapat pertimbangan yang sama.

Katanya pihaknya masih memberi peluang kepada kerajaan pusat selesaikan dahulu segala keperluan kerajaan sebagaimana yang ternyata iaitu usul persendirian tidak boleh dibahas selagi agenda-agenda kerajaan di bawah peraturan mesyuarat tidak diselesaikan.

“Selepas ini (sesi parlimen bulan Oktober) kita ada sebulan lebih, masa itu panjang dan Insya-Allah masa itu kita harap Umno akan menunaikan janji mereka,” katanya.

P/S SPD: Umno tak kan penuhi janji sebab umpan laksana Hudud hanyalah untuk pecahkan Pakatan Rakyat. Tp Umno dapat bonus, Pas pulak yang pecah dua.

Lps ni tak payah Umno nak tunai apa-apa janji. Pas dah lemah, PR pun dah berterabur. Pas nak perang cara apa? Cara ceramah Umno tak bg permit. Cara pilihan raya Umno tipu undi. Cara angkat senjata mcm Ibrahim Libya pun Umno menang juga.

Tu la tak nak ikut amanat Fadzil Noor dan Nik Aziz. Hanya pembangkang yang bersatu saja blh tumbangkan BN!

No comments:

Post a Comment