Pages

Monday 13 July 2015

Pembangkang Pakatan 2.0 dakwa insiden Low Yat taktik alih perhatian rakyat

Selasa, 14 Julai 2015
Zul Yusri
Kishen Ch
10 hrs · 

Bila nk pakai otak?.atau xde otak..?

Harap Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dapat siasat mamat ini !!!

https://www.facebook.com/mohdali.hjibaharom.1

11 hrs




TERBUKTI..Polis sahkan kes di Low Yat kes KECURIAN !!

Tapi ada yg percaya mati2an handphone tak ori la, ada resit pembelian kononnya la.. dah mcm2 citer palsu utk provoke..

HAKIKATNYA.. ramai yg sokong kaki curi...

BAPAK BOREK ANAK RINTIK..
BAPAK rompak berbilion ringgit, Anak curi handphone upset emoticon

Kesian..


Inilah cara mereka. Mencuri, menipu & menghasut dgn mengada2kan cerita2 palsu semata-mata..

Akhirnya tercetus rusuhan kerana terlalu percaya kepada si pencuri..

p/s: Lain kali jangan buat 'dajjal' di bulan suci Ramadhan.. Akhirnya Allah bukakan jua segala penipuan, kejahilan & kebobrokan KAMU !!!




Di low yat percaya yg ni tk percaya.. Kakakakaka admin bangang


Pembangkang dakwa insiden Low Yat taktik alih perhatian rakyat

 | July 13, 2015
Bagaimanapun, pembangkang tidak bimbang kerana mempunyai banyak bukti tentang skandal 1MDB.
rafizi-low-yat
KUALA LUMPUR: Pembangkang mendakwa insiden pergaduhan di Plaza Low Yat merupakan strategi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengalih perhatian rakyat terhadap skandal 1MDB.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bagaimanapun berkata, mereka tidak bimbang dengan taktik Perdana Menteri kerana mempunyai banyak bukti melibatkan skandal itu.
“Sekiranya Najib berpendapat ini satu cara untuk alihkan pandangan rakyat dalam krisis 1MDB, saya tidak bimbang.
“Ini kerana bukti-bukti mengenai skandal 1MDB dengan Najib kukuh, dan Najib tidak boleh lari,” katanya kepada pemberita selepas di Perkarangan Plaza Low Yat pada Isnin.
Ahli Parlimen Pandan itu turut meminta pihak polis segera mengeluarkan kenyataan yang jelas mengenai kejadian itu.
“Pihak polis perlu keluarkan kenyataan sama ada benar atau tidak memang benar ada kes kecurian atau salah faham antara peniaga dengan pembeli.
“Kenyataan yang pihak polis keluarkan tidak jelas dan hanya mendatangkan kekeliruan kepada rakyat.
“Ketua Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Negara perlu keluarkan kenyataan agar dapat membendung daripada penyalahgunaan fakta yang bertujuan mengapi-apikan di media sosial,” katanya.
Rafizi berkata, pihak polis perlu mengambil tindakan segera kepada pengguna media sosial atau ahli politik yang cuba mengeluarkan kenyataan palsu yang membangkitkan amarah perkauman.
“Jika berkaitan menteri atau baru-baru ini tuduhan mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, cepat sahaja polis ambil tindakan untuk siasatan.
“Mengapa jika kes yang boleh mendatangkan masalah perkauman di media sosial ini tidak diambil tindakan segera,” tegasnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengaitkan rusuhan Low Yat ini dengan isu perkauman.
Beliau juga mengutuk tindakan pihak tertentu yang menggunakan laungan takbir dalam rusuhan tersebut.
“Ini bukan jihad kerana Islam tidak menyuruh umatnya memainkan sentimen perkauman.
“Saya harap mereka berhenti meggunakan laungan tadbir kalimah Allah itu. Rusuhan ini tiada kaitan apa-apa,” jelasnya.
 FMT.

No comments:

Post a Comment