Pages

Sunday 19 July 2015

Dr Dzulkifli Ahmad - Peringatkan kita akan tipu-helah musuh, husnuz dzan biar bertempat...Siapa yang pertahan EJS Kelantan?

Isnin, 20 Julai2015

Siapa yang pertahan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan di dalam dan luar Parlimen..??


Bagi sesiapa yg tidak mengetahui akan perkara sebenarnya.....tanyalah pimpinan Pas sekarang ini, siapa yg pertahan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yakni EJSK di dalam dan luar Parlimen..dan dimana jua pentasnya..samada kpd lawan atau kawan...Siapa?...yang dituduh menolak hudud itulah yang mempertahankan perlaksanaan Hudud di Kelantan termasuk dipentas2 forum berbahasa BI dan BM....samada yg dianjur parti politik atau NGO2...

Namun ingat sdra....Perjuangan ISLAM bukan hanya sekadar Perjuangan Hudud.....Perjuangan Islam adalah perjuangan untuk Menegakkan (Tamkin) Syariat Seutuhnya dalam sebuah masyarakat dan negara Madani yang perlu menghormati Kedaulatan undang2 atau As-Siyadah al-Qanuniyah atau Rule of Law.

Perjuangan yang sedari awal ditahap Makkiyah lagi telah mengherdik dan membidas (wailul lil..) golongan Mutaffifin yang Curang, Culas dan Khianat dalam Tadbir-Kelola Urusniaga dan menzalimi dan memperbudakkan golongan Marhaen...lantas "Mengangkat Karamah Insaniyah"..Human Dignity dan memberikan manusia erti Kemerdekaan Insan sebenarnya..dalam Erti Hifzul Hurriyah yang Hakiki...


Perjuangan Islam yang mendobrak segala bentuk Asobiyah yang membelenggu keintelektualan manusia berfikir dan membuat keputusan yang wajar dan waras bersandarkan Ilmu Naqli dan Aqli.. BEBAS dari Unsor dan Politik Ketakutan dan Peras Ugut...termasuk Asobiyah Kepartaian yang melampau sehingga "Mengagung dan Mentaqdis" Pemimpin meskipun ternyata mereka Silap dan Kekal dalam kesilapan....

Perjuangan untuk "Memakmurkan Bumi dengan Mengurus Khazanah Kekayaan Negara" dengan Mampan dan Kompeten serta bebas dari melakukan Khusran atau Kerosakan sehingga lahir "Kesejahteraan dan Kemakmuran buat Semua Rakyat" dengan TIDAK diizinkan Kekayaan DiBolot oleh segelintir penguasa politik yang RAKUS bersekongkol dgn segelintir koporat Tamak sehingga lahir Segelintir manusia menjadi SUPER-KAYA serta Wujud JURANG ATAU KESENJANGAN KAYA-MISKIN yang terlalu lebar dan terus melebar...

Tidak dapatkah anda mengungkap perjuangan Islam selain dari perjuangan Hudud saja sehingga bila Lawan dan Musuh yang masih Rasuah, BoRos dan Bolot 'tampak semacam nak terima Hudud'..maka kita Mudah2 ditemberang dan ditipu sebab mereka sudah mahu sokong Hudud..??......Apakah sebegitu wajarya?

Mengapa sebegini Kekakuan Pengungkapan Perjuangan Islam...satu " Intellectual Paralysis" yang sangat mengaibkan fan menyempitkan...

Ingat apa yang kedua-dua AlMarhum Ustaz Fadzil Noor dan TGNA sebut dan peringatkan kita akan tipu-helah musuh ....husnuz dzan biar bertempat dengan mrngambil kira juga tuntutan Hazar...."Berwaspada" sebagai peringatan Khitob AlLah..

Panjang pulak saya dah bersyarah......memang banyak lagi yang boleh dihuraikan akan perjuangan Islam yang Syumul dan semestinya Bukan Hanya Sekadar Hudud...sudah banyak kali juga rasanya telah saya sebutkan dan tuliskan.....

AlLahu 'Alam
AlLahu al Musta'an...

Pencerahan dari Dr Dzulkifli Ahmad
S/U GHB Pusat

No comments:

Post a Comment